Wednesday, April 27, 2011

Good Luck Final Exam!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bermula 22 April 2011 yang lepas sudah 3 paper aku dah selesai, 22, 23, 25 April, InsyaAllah 30 April dan 5 Mei nanti akan turun bertempur menghadapi 2 lagi Paper Final Exam... hurm, Semoga berjaya buat rakan rakan yang menghadapi peperiksaan.

Tuesday, April 12, 2011

Analisis Politik: My Personal View

6 April 2011 telah berlaku penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak, seramai 213 calon disahkan bertanding. BN yakin memperoleh kemenangan 2/3 kerusi DUN kali ini sementara PR yakin menakluki kepimpinan Sarawak dan membentuk kerajaan. Pelbagai isu ditimbulkan pihak pembangkang seperti liabiliti KM Sarawak di dalam tampuk pemerintahan dan wajar berundur, selain itu isu NCR juga hangat diperdebatkan dalam kempen, tidak juga ketinggalan isu video seks yang didakwa dipalsukan oleh pihak BN dan media. Isu-isu tradisional seperti masalah air, elektrik serta jalan perhubungan di kawasan pedalaman juga menjadi topik mereka. Pelbagai kaedah dipergunakan selain daripada ceramah seperti blog. Blog byk memaparkan dakwaan rasuah bagi pihak KM Sarawak. Dunia tanpa jalur lebar sekarang menyebabkan mudahnya dakwaan seperti ini disebarkan. Saya melihat golongan muda lebih cenderung kepada PR kerana idola mereka adalah DSAI hebat berpidato sehingga semua perkara adalah benar bagi golongan muda. Tetapi pendapat peribadi saya segala dakwaan berkenaan isu di Sarawak wajar disertakan bukti yang kukuh dan dibawa ke muka pengadilan iaitu mahkamah, biar mahkamah putuskan, kerana sekarang kes Dato' Seri Khir Toyo juga di bawa ke Mahkamah. jadi jika benar terdapat penyelewengan seperti di dakwa, sila bawa terus ke muka pengadilan, saya sebagai pelajar Undang-undang inginkan keadilan dan FAKTA bukannya hanya DAKWAAN kosong pihak pembangkang semata-mata. Janganlah terlalu prejudis mendakwa Mahkamah kita tidak telus di dalam hal-hal sebegini kerana mereka mempunyai latar belakang undang-undang dan pakar di dalam bidang mereka, tentunya Hakim-Hakim lebih arif dan ADIL di dalam memberikan "JUDGEMENT" berdasarkan Evidence bukannya dakwaan kosong semata-mata. Dakwaan mengatakan mahkamah Malaysia adalah "Mahkamah Kangaroo" adalah sungguh biadap dan kurang bijak atau bahasa kasarnya BODOH. Dakwaan ini tidak masuk akal dan menjatuh kredibiliti Mahkamah Malaysia yang di iktiraf antara terbaik ini. Rasanya orang yang melabelkan mahkamah dgn gelaran sedemikian adalah "anak monyet" kerana JAHIL dan BODOH disebabkan taksub dgn pandangan pemimpin mereka sahaja yang merasakan diri mereka sempurna walhal sama sahaja mereka di sisi Allah dan belum pasti lagi jaminan SYURGA di akhirat kelak. Saya bukanlah anti pembangkang cuma mereka belum mampu memberikan fakta yang munasabah dan hanya dakwaan kosong semata-mata iaitu bagi saya RUBBISH, saya tidak mudah percaya pada pidato hebat ataupun dakwaan yang tidak relevan ini kerana sepanjang saya hidup di Bintulu, syukur kehadrat ALLAH SWT dengan keizinan dan kepimpinan yang baik, Bintulu maju dengan begitu sistematik dan taraf hidup serta kualiti hidup rakyat bertambah baik. Jika benar ada yang miskin bukan kerana Kerajaan tidak prihatin, tetapi orang berkenaan MALAS berubah dan hanya mengharapkan bantuan dan tidak berusaha sedangkan Allah telah berfirman "Allah tidak akan mengubah hidup seseorang jika dia tidak mengubahnya" ini cukup jelas bahawa kita harus berusaha dalam konteks sekarang iaitu orang muda melalui menuntut ilmu setinggi boleh, bekerja dgn tekun dan amanah serta jujur ataupun menceburi bidang perniagaan kerana kekayaan terdapat dlm perniagaan. KM dan kroni di dakwa kaya itu pun bermula dari bawah dan mereka tekun berusaha, percayalah sesiapa pun boleh jadi seperti mereka jika terus berusaha dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata tetapi berterusan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Kerajaan telah lahirkan pelbagai usaha dan alternatif untuk membantu orang orang yang memerlukan mahupun tidak serta menjaga kebajikan dengan menyediakan fasiliti yang diperlukan. Populasi Sarawak yang besar juga harus diambil kira dengan kepadatan penduduk yang kurang, maka pembangunan akan dilakukan secara berperingkat dan sistematik. Selain itu, isu video juga secara peribadi saya kurang berminat kerana hal seperti ini mengaibkan seseorang, jika benar pun si pelaku melakukan benda ini, doakan semoga beliau bertaubat dan berhenti merosakkan pemikiran rakyat tetapi jika ia fitnah, hentikanlah fitnah ini kerana ia merosakkan akhlak manusia dan menyebabkan orang semakin membenci BN. Orang ramai sudah jemu mendengar perkara seperti ini dan mengganggap perkara ini adalah propaganda semata-mata, Adalah lebih wajar jika ditimbulkan isu lain berkenaan isu perancangan strategik serta kebaikan yang akan dan telah dibawa oleh kerajaan, isu pendidikan nasional, isu tanah diperjelaskan dengan berhemah serta isu-isu tradisional seperti jalan raya harus diperkemaskinikan. Isu SCORE dan pelaburan asing sebanyak 300 billion wajar diperhebahkan kerana pembangunan sosio ekonomi secara holistik dijangkakan akan berlaku kesan kejayaan daripada SCORE kelak. Isu peralihan kuasa juga menjadi persoalan kerana siapa akan menggantikan KM yang sedia ada, Mampukah beliau mewarisi ataupun menyambung kesinambungan kepimpinan YAB KM sekarang? Berkenaan isu video, biarkan PDRM jalankan tugas mereka dan jangan di politikkan perkara ini. Media juga haruslah adil dan saksama di dalam menyebarkan infomasi samada kebaikan kerajaan dan juga pembangkang kerana Tsunami Politik telah berlaku pada 2008 dan rakyat sekang lebih peka kepada sensitiviti media kerana rakyat lebih mengetahui dan merasai apa yang telah berlaku ditempat mereka. Saya jangkakan pilihanraya sarawak kali ini mendatangkan gempa buat ahli BN dan kemungkinan kehilangan beberapa kerusi di kawasan tertentu namun masih mampu mengekalkan 2/3 kerusi di dalam DUN, maka proses "check and Balance" akan lebih berkesan jika suara pembangkang bergema untuk kerajaan lebih telus. Apa pun diharap bakal YB yang menang, peka masalah rakyat dan BELIA khususnya kerana kami adalah PEWARIS kepimpinan anda hari ini. Jangan tinggalkan kami sebuah pentadbiran yang teruk, biarlah kami dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan YAB KM dan juga YAB PM. Semoga dengan izin ALLAH, rakyat mampu memikirkan mana baik dan buruk semasa pilihanraya kali ini dan mengundi dengan bijak dan melihat sekeliling serta menghargai pembangunan yang telah dibawa dan sedang dibawa. Apa pun keputusan, kita tetap rakyat Sarawak yang inginkan Pembangunan serta kebajikan tetap dijaga. YB juga harus kerap turun padang dan beramah mesra bersama rakyat serta kurangkan PROTOKOL di dalam majlis bersama rakyat. Selamat Mengundi Rakyat Sarawak.