Wednesday, December 21, 2011

Airmata tidak mampu utk menipu disaat ia menitis dgn kejujuran. selami pengisian artikel ini.

Tausyiah of Ust. Ahmad Mudzoffar Jufri:
MIRACLE ISTIGHFAR: 1 STORY,
Once upon a time is told that Imam Ahmad Ibn Hambal vol traveled to a necessity to kemalaman in a village. Because it does not want to trouble anyone, beliaupun come to a small mosque for prayers and intend staying overnight there. After the prayer, and when he was about to crash into a body of elders in a small mosque in order to let go of the little kepenatan that night, suddenly the guards come and prohibit the mosque he sleeps in it. The guard did not know that, which is a great dihadapainya scholars. While Imam Ahmad also did not want to introduce myself to him. He immediately went out and move on to the porch of the mosque with the intention of resting there. But the Rangers still expelling him roughly and even to pull him onto the streets.

But God, just as taqdir Imam Ahmad was confusion on that road, melintaslah someone who turned out to be a profession as a maker and seller of breads. Finally he offered and invites him to stay in place, also without knowing that his guest is Imam, Ahmad Ibn Hambal.

When it comes to the man at his home, good-hearted men immediately prepares a place overnight to Imam Ahmad and allowed him to direct a break. While he himself actually start working with the prepared bread making materials that will be sold the next day.

It turns out that Imam Ahmad was not directly, but instead pay attention to sleep any motion of the rising of the bread maker entertain him. And here's the thing that most concerns him from this man. The Dhikr and prayer of greeting that keeps coasting from istighfar his mouth without breaking up from the very beginning he began working on the bagel dough. Imam Ahmad was curious then ask: Since when do you always beristighfar relentless like this? He said: Since a long time ago. This has become a regular habit of mine, almost in all conditions. The Imam continued his question: then do you get a feel of the results and benefits of custom istighfarmu this? Yes, of course, for the Baker quickly and full of confidence. What is it, if I may know?, asked the Imam Ahmad again.

He explained the seraya speak: Since merutinkan supplication istighfar, I feel no one doapun I panjatkan to my needs for this; it's always God kabulkan, except the one prayer that is still not terijabahi to this very second?

The Priests the wondering and asking: What the hell a prayer that one? The pious man and said the program to continue the answer: Yes, it's been quite a long time I always pray to God to be able to invoke the reunited with a very great scholar I love and agungkan. He is Imam Ahmad bin Hambal!

Hear the answers and explanations, Imam Ahmad terhenyak and immediately got up and bertakbir: Allahu Akbar! O my brother that it be known, God has granted doamu!

Here the Pack a bread maker yours was shocked and intrigued: what is the word the father? My prayers have been answered? How do you do? Where can I find the Imam role model I that?

The next Imam Ahmad replied calmly: Yes. True, God has mengijabahi doamu. It turns out all I've experienced today, ranging from kemalaman in kampungmu, were driven out of the mosque guards, meet up with you on the streets, to stay in your House right now, apparently it's all just a way of God to grant the prayers of his pious. Yes, people who are eager to meet you as long as it has been in existence in thine House, and even before now. Know o pious man, I was Ahmad Ibn Hambal ...!

And of course each one of us already can imagine, what might have been and done by the bakers saleh was afterwards ...!
Rahimahumallahu rahmatan wasi'ah ...!

May God bless them both with the full grace ...!

Monday, December 12, 2011

khas untuk ahlussunnah wal jama'ah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Tuhan Sekalian Alam, Penguasa segala ilmu tidak punya titik awal dan akhirnya, tidak beranak dan tidak diberanakkan...suci dari segala sifat kekotoran dan kepadaMU Ya Allah , aku memohon dilindungi dari mensyirikkanmu dan sentiada istiqomah dalam beribadah kepadaMu. Selawat dan Salam kepada Kekasih yang mengasihi kami sehingga akhir hayatnya, tidak punya bayang dan tidak pula gelap ketika malam kerana cahaya Nur nya yang memancar , asbab kepada terciptanya Alam, diagungkan di langit dan di bumi, dan menjadi cinta orang yang memandangnya. dan salam sejahtera kepada Keluarga Baginda dan Para Sahabat , pengikut2nya sehingga Akhir Hayat...Al-Fatihah kepada Rahimahullahutaalaaanhum ajmain...

Persoalan peranan ulama kerap diperkatakan kebelakangan ini kerana kedudukannya yang tinggi di mata masyarakat. Namun, kebelakangan ini ada ungkapan yang mempersoalkan perkara tersebut. Perkara ini juga perlu dilihat dari hidayah al-Quran dan sunnah supaya masyarakat dapat melihat kebenaran sebenar pada perkara ini.

Ungkapan seperti: ‘Perubatan moden adalah untuk semua masyarakat’ sudah diterima umum. Namun sekiranya datang Si A berkata: Walaupun saya belajar bertani, namun disebabkan perubatan untuk semua, maka saya juga layak jadi doktor dan boleh mengubat penyakit saudara walaupun saya tidak belajar perubatan. Demikian juga ungkapan: ‘Kejuruteraan moden untuk semua’. Namun datang pula Si B mengatakan: Walaupun saya belajar kedoktoran, saya juga layak menjadi jurutera dan mahu mempraktikkan bidang kejuruteraan.

Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut, pasti beranggapan bahawa sesiapa yang berubat dengan Si A akan menerima bahaya. Begitu juga dengan halnya Si B, masyarakat akan berpandangan bahawa walaupun dia pandai dari sudut perubatan, namun bangunan yang dibinanya belum tentu kukuh dan merbahayakan masyarakat umum.

Kalau demikian kedudukannya, Islam adalah agama untuk semua adalah ungkapan yang sememangnya diterima. Namun adalah tidak betul mengatakan urusan agama, mentafsirkan al-Quran, menghukum kesahihan hadis dan mengeluarkan hukum boleh diberi sebebas-bebasnya untuk masyarakat awam.

Sekiranya seseorang mengamalkan perubatan tanpa ilmunya yang sah, pasti merbahayakan masyarakat dan boleh membawa kematian. Demikian juga urusan agama, sekiranya ditafsirkan dan dihuraikan oleh bukan ahlinya, pasti membawa kepada penyelewengan yang membawa kehidupan sebelum mati dan sesudah mati. Kebiasaannya, mana-mana ajaran sesat datangnya dari pengaruh seseorang kepada masyarakat awam.

Benarlah Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya diserahkan urusan kepada orang yang tidak mengetahui tunggulah saat binasa.

Hadis tersebut dengan jelas menghuraikan kebinasaan sekiranya diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, lebih-lebih lagi dalam urusan agama.


Pandangan Imam Shafie Rahimahullah:

Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud:
Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas.

Kemudian Imam Syafie berkata lagi:
Tidaklah boleh untuk sesiapapun berijtihad sehingga ia menjadi alim dengan sunnah-sunnah, perkataan-perkataan Salaf, persepakatan masyarakat dan perbezaan pandangan di kalangan mereka dan mahir bahasa Arab.
Imam Shafie berkata lagi:
Tidaklah boleh untuknya berijtihad (qiyas) sehingga dia merupakan seorang yang berakal sehingga boleh membezakan antara yang musytabih, tidak gopoh untuk memperkatakan sesuatu sehingga ia mempastikannnya.

Tambah Imam besar itu lagi:
Dia (mujtahid) tidak menolak untuk mendengar pandangan orang yang menyanggahnya kerana kemungkinan melalui mendengar tersebut dapat mengelakkan lupa dan menambah keyakinannya pada perkara yang ia yakin kebenaran.

Tegahan Imam Shafie:

Imam Shafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal. 511):
Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.

Dengan itu benarlah kata-kata Rasulullah: Ulama` adalah pewaris para nabi. Merekalah yang menyambung tugas-tugas masyarakat.

Kesimpulannya, urusan agama ini adalah urusan ulama. Ulama sahajalah yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kebanyakan ajaran sesat dilahirkan apabila dibiarkan orang-orang awam mentafsirkan agama sewenang-wenangnya. Demikian juga aliran sesat menyesat secara taksub pada perkara khilafiyah dalam ibadah diikuti oleh masyarakat awam yang lemah asas agama.

Pada masa yang sama, masyarakat harus mengenali siapakah ulama yang sebenar. Sistem pelajaran moden, yang memisahkan ilmu-ilmu Syariah kepada al-Quran, al-Sunnah, Syariah, Dakwah dan Bahasa Arab telah melahirkan cerdik pandai Islam yang hanya pakar dalam sesuatu bidang ilmu. Seseorang mungkin dikatakan pandai hadith, tetapi tidak mempunyai kefaqihan atau tidak mahir dalam pembacaan nas-nas ulama. Demikian juga sebaliknya. Demikian juga pandai bahasa Arab sahaja tidak memboleh seseorang itu pandai mentafsir al-Quran. Kalau Bahasa Arab sahaja membolehkan seseorang mentafsirkan al-Quran, nescaya semua orang-orang Arab sudah menjadi ulama.

Sekiranyanya, lulusan agama universiti moden ini mengakui kelemahan masing-masing, akan lahir saling bergandingan untuk menegakkan kebenaran. Namun sekiranya graduan tersebut tidak menyedarinya, dan tidak mahu menghadapinya, akan lahir golongan yang disebut oleh ramai professor-profesor Syariah kepada anak-anak muridnya iaitu:
Kamu memasuki universiti dalam keadaan tawaduk, namun kamu keluar dalam keadaan takabbur.

Oleh itu, masyarakat perlu menghormati peranan ulama kita samada dulu mahupun sekarang. Kita mengharapkan institusi ulama terus dihormati kerana peranan besar mereka di kalangan masyarakat.

Wallahu a’lam.

Oleh Dr Asmadi
Ulama' ASWJ

Saturday, December 10, 2011

Minda Akob: Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi

Minda Akob: Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi: SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF) Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (Dinukil dari buku saya bertajuk Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W.) Ger...

Friday, October 7, 2011

Hello Oktober

Salam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih berpeluang melanjutkan ke semester berikutnya. Terlalu lama sudah tidak update berkenaan diri ini. sepanjang cuti semester lepas terlalu banyak perkara berlaku dalam diari kehidupan ini. Tanggal 20 Jun 2011,bersamaan malam 19 Rejab Jam 9.30malam, Nenek tercinta, Allahyarhamah Dayang Saiyah bt Abang Metali telah kembali ke Rahmatullah iaitu sehari sebelum (jadual utk ke Kuching utk appointment Bapa bersama Unit Radioterapi di HUS berkenaan penyakit Kanser Hidung beliau). Namun oleh kerana hal ini, maka terbatallah segala perancangan dan aku mulai sibuk menguruskan hal-hal kematian mewakili ayahku. Segala jenis ilmu baru dipelajari terutama berkenaan urusan selepas kematian seperti "probate" dan lain-lain diperolehi. Tidak dinafikan amat sedih, namun setitis air mata tidak gugur kerana aku tahu, ia akan menyakitkan jenazah, atas kasih dan sayang, bibir sentiasa mendoakan kesejahteraan Nenek di sana. nenek terlalu baik kepada cucunya *terutama kami sekeluarga* dan ia tidak dapat ku lupakan. Aku sentiasa mengenang arwah nenek namun hanya doa dapat ku kirimkan. Allah lebih menyayangi beliau. Seminggu selepas itu, aku telah menolong mak cik aku dalam perniagaan katering selama 2 bulan lebih. Alhamdulillah hal ini telah menimbulkan minatku untuk memasak dan sekarang aku telah pandai memasak Ayam kurma dan Kari Ayam * ok takdelah hebat seperti Chef Wan, As long first trial dapat dimakan* dah kira ok lah tu, Satu kepuasan bagiku. hehehe. Kesyukuran juga bagiku kerana di panjangkan usia mengharungi sebulan ramadhan dan Syawal bersama keuarga tercinta walupun terasa kehilangan arwah nenek, namun sambutan secara sederhana tetap kami sekeluarga laksanakan. Setelah bercuti selama lebih kurang 4 bulan, akhirnya pada 12 september 2011, aku selamat tiba kembali ke Shah Alam untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai sebagai Pelajar Fakulti Undang-Undang* undang2 lah sangat* hehe. Banyak jugak duit habis di awal semester ini. buat aku pening sampai tak tahu macam mana nak gali duit. Nak main 4D, dah terang-terang JUDI ADALAH HARAM DISISI ISLAM maka aku lupakanlah niat. hehe, maka konklusinya, berjimat cermatlah. masaklah dirumah jika lapar. hehehe. Erm satu lagi, InsyaAllah 14 Oktober 2011 nanti, akan ada majlis LAN BERAMBEH bersam YAB KM Sarawak di PWTC dan kali ini aku berjaya mengumpul hampir 200 nama* actually melebihi tapi terpaksa tolak sebab kuota dah penuh. maka satu perjudian untuk mendapatkan 5 buah bas wakil Anak Sarawak UiTM ke Majlis tersebut, maka aku harapkan bantuan wakil MPP dari Sarawak untuk membantu melancarkan permohonan ini. Diharap UiTM tidak prejudis ataupun menolak permohonan ini. Jika terjadi, mungkin terpaksa menggunakan "kabel" untuk membenarkan proses ini. Tidaklah keterlaluan berkenaan permohonan ini, kerana setiap semester hanya sekali sahaja kami memohon. Maka saya berharap, Anak Sarawak lain, berdoa agar perjalanan Majlis bermula dari permohonan bas sehinggalah tamat majlis berjalan lancar dan diredhai Allah SWT. itu sahaja malam ini. Wassalam. MFAR

Thursday, May 26, 2011

Macam Macam Ada

Alhamdulillah selesai sudah pengajian di semester ketiga. banyak jugak paper final yang susah, tetapi telah diharungi dengan usaha yang ada, pada 6 Mei 2011 yang lepas aku dijemput sebagai panel dalam ASTRO AWANI "Meja Bulat Awani" yang dirakamkan untuk tayangan pada 13 Mei 2011 bersempena dengan sambutan Hari Belia Malaysia pada 15 Mei 2011. Disana aku bergandingan bersama Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohamed Maliki, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Puan Wan Salwati dan juga Youth Indepence Saudara Chris, Program dikendalikan oleh saudara Dzulfitri Yusop. Syukur segala berjalan lancar, ini merupakan kali keempat aku muncul di kaca TV selepas RTM utk pendapat mengenai SCORE, kemudian Suara Siswa pada Ogos 2009 dan juga Analisis Politik Sarawak Astro Awani juga pada 28 Mac 2011. Peluang demi peluang muncul untukku berkhidmat kepada masyarakat. Syukur ku panjat kehadrat Allah SWT kerana membuka peluang untukku. Hurm, selepas je tamat semester,permohonan aku untuk bekerja sambilan di Unit Pengurusan Rekod pelajar dan Konvokesyen sebagai "skim khidmat pelajar" telah diterima dan aku enjoy bekerja di sana selama 16 hari tanpa henti setiap hari dan aku amat menyukai kerja tersebut, next sem nak mohon lg tetapi aku insyaAllah akan Praktikal pada cuti sem depan, maka ditunda utk sem akan dtg la. Tanggal 25 Mei 2011, aku telah selamat tiba di Bintulu dan ingin mencari kerja di Bintulu. Pada pagi tadi 26 Mei jam 8 pagi, aku mendapat panggilan dari Cikgu Amanda dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, mereka menjemput aku untuk menjadi panel di dalam forum utk aktiviti Persatuan Tingkatan Enam di UPM Bintulu yang akan diadakan pada 21 Jun nanti, dan aku amat berbesar hati menerima jemputan tersebut kerana aku mmg ingin berkhidmat untuk masyarakat khususnya kepada bekas sekolah ku. Pagi tadi juga aku menghantar permohonan untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih di sekolah SMK Bintulu, Mudah-mudahan segala urusan dan niat suci murniku diperkenankan Allah agar dapat berkhidmat untuk Agama Bangsa dan Tanah Air. Ameen..

Monday, May 2, 2011

Dugaan owh dugaaan

salam keatas seluruh makhluk ciptaan Allah sekalian. Alhamdulilah masih berkesempatan bertemu, kali ini aku menaip ketika berada di LCCT pada jam 0114 bersamaan 2 Mei 2011. Awal pagi semalam aku mendapat msj berkenaan Nenek aku jatuh sakit, maka aku hubungi keluarga di Bintulu untuk pengesahan, pada mulanya, tiada apa2, tetapi pada ptg nya kira2 jam 5.30 ptg, sejurus aku tamat menonton wayang 'the lost swordsman' dan masih lagi bergerak keluar dari dewan, aku call mak aku dan dia maklumkan yang nenek aku sakit tenat, niat utk makan malam awal terpaksa ditunda kerana aku bergegas mencari travel agency dan juga transfer duit dari akaun cimb kepada maybank kononnya jika tidak ketemu travel agency yang masih buka pada masa itu, dan mmg pada jam 6 ptg, tak da Travel Agency yg masih buka, jadi aku pun try la booking online guna maybankard, tp malangnya, tak dapat pulak part payment nya, aku mecuba sehingga tiga kali, ahernya, gagal jugak, dan aku ambil keputusan 'gamble' pg ke KL sentral utk beli tiket d kaunter air asia. Aku tiba di KL sentral jam 9 dan nyaris2 tak dibenar masuk kaunter air asia, utk beli tiket, aku merayu kat abg polis bantuan tu, kata emergency, dia pun tanya kat pegawai di dalam pejabat tu, Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku, berjaya beli tiket pulang balik ke bintulu pada 2 mei dan balik semula ke shah alam pada 4 mei. Memang benar masa utk balik itu singkat, tapi ini mungkin kali terakhir utk jumpa nenek aku, maka tak kisah la sekejap ka, mahal ka, sekurang kurangnya Allah izinkanlah aku berjumpa nenek ku kali terakhir. Kerana beliau amat bermakna dalam diri ini. Itu saja pintaku. Pada 5 mei nie, aku ada last paper, Law and Politic, mudah mudahan Allah permudahkan bacaan, hafalan dan pemahamanku di dalam masa yang singkat dan penyh dugaan ini. Sebenarnya, bapaku juga di masukkan ke wad Bintulu utk rawatan susulan kimoterapi pada jumaat lepas selama seminggu, tetapi disebabkan nenek ku sakit tenat, bapak ku juga sedang menerima rawatan juga terpaksa minta kat doktor utk postpone rawatan, inilah dugaan terhebat utk ku dlm sepanjang minggu peperiksaan ini. Dan malam ini adalah pertama kali aku lepak di LCCT tanpa rehat yang cukup utk menunggu flight balik awal pagi esok. Semoga Allah izinkan aku untuk berjumpa dan meminta maaf terhadap nenek ku buat kali terakhir dan aku redha segala kehendak Allah. Aku yakin Allah tidak akan menduga makhluk-Nya llebih dari kemampuan kita. aku redha segala ketentuan dan takdir kerana hidup dan matiku adalah urusan Allah SWT.

Wednesday, April 27, 2011

Good Luck Final Exam!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bermula 22 April 2011 yang lepas sudah 3 paper aku dah selesai, 22, 23, 25 April, InsyaAllah 30 April dan 5 Mei nanti akan turun bertempur menghadapi 2 lagi Paper Final Exam... hurm, Semoga berjaya buat rakan rakan yang menghadapi peperiksaan.

Tuesday, April 12, 2011

Analisis Politik: My Personal View

6 April 2011 telah berlaku penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak, seramai 213 calon disahkan bertanding. BN yakin memperoleh kemenangan 2/3 kerusi DUN kali ini sementara PR yakin menakluki kepimpinan Sarawak dan membentuk kerajaan. Pelbagai isu ditimbulkan pihak pembangkang seperti liabiliti KM Sarawak di dalam tampuk pemerintahan dan wajar berundur, selain itu isu NCR juga hangat diperdebatkan dalam kempen, tidak juga ketinggalan isu video seks yang didakwa dipalsukan oleh pihak BN dan media. Isu-isu tradisional seperti masalah air, elektrik serta jalan perhubungan di kawasan pedalaman juga menjadi topik mereka. Pelbagai kaedah dipergunakan selain daripada ceramah seperti blog. Blog byk memaparkan dakwaan rasuah bagi pihak KM Sarawak. Dunia tanpa jalur lebar sekarang menyebabkan mudahnya dakwaan seperti ini disebarkan. Saya melihat golongan muda lebih cenderung kepada PR kerana idola mereka adalah DSAI hebat berpidato sehingga semua perkara adalah benar bagi golongan muda. Tetapi pendapat peribadi saya segala dakwaan berkenaan isu di Sarawak wajar disertakan bukti yang kukuh dan dibawa ke muka pengadilan iaitu mahkamah, biar mahkamah putuskan, kerana sekarang kes Dato' Seri Khir Toyo juga di bawa ke Mahkamah. jadi jika benar terdapat penyelewengan seperti di dakwa, sila bawa terus ke muka pengadilan, saya sebagai pelajar Undang-undang inginkan keadilan dan FAKTA bukannya hanya DAKWAAN kosong pihak pembangkang semata-mata. Janganlah terlalu prejudis mendakwa Mahkamah kita tidak telus di dalam hal-hal sebegini kerana mereka mempunyai latar belakang undang-undang dan pakar di dalam bidang mereka, tentunya Hakim-Hakim lebih arif dan ADIL di dalam memberikan "JUDGEMENT" berdasarkan Evidence bukannya dakwaan kosong semata-mata. Dakwaan mengatakan mahkamah Malaysia adalah "Mahkamah Kangaroo" adalah sungguh biadap dan kurang bijak atau bahasa kasarnya BODOH. Dakwaan ini tidak masuk akal dan menjatuh kredibiliti Mahkamah Malaysia yang di iktiraf antara terbaik ini. Rasanya orang yang melabelkan mahkamah dgn gelaran sedemikian adalah "anak monyet" kerana JAHIL dan BODOH disebabkan taksub dgn pandangan pemimpin mereka sahaja yang merasakan diri mereka sempurna walhal sama sahaja mereka di sisi Allah dan belum pasti lagi jaminan SYURGA di akhirat kelak. Saya bukanlah anti pembangkang cuma mereka belum mampu memberikan fakta yang munasabah dan hanya dakwaan kosong semata-mata iaitu bagi saya RUBBISH, saya tidak mudah percaya pada pidato hebat ataupun dakwaan yang tidak relevan ini kerana sepanjang saya hidup di Bintulu, syukur kehadrat ALLAH SWT dengan keizinan dan kepimpinan yang baik, Bintulu maju dengan begitu sistematik dan taraf hidup serta kualiti hidup rakyat bertambah baik. Jika benar ada yang miskin bukan kerana Kerajaan tidak prihatin, tetapi orang berkenaan MALAS berubah dan hanya mengharapkan bantuan dan tidak berusaha sedangkan Allah telah berfirman "Allah tidak akan mengubah hidup seseorang jika dia tidak mengubahnya" ini cukup jelas bahawa kita harus berusaha dalam konteks sekarang iaitu orang muda melalui menuntut ilmu setinggi boleh, bekerja dgn tekun dan amanah serta jujur ataupun menceburi bidang perniagaan kerana kekayaan terdapat dlm perniagaan. KM dan kroni di dakwa kaya itu pun bermula dari bawah dan mereka tekun berusaha, percayalah sesiapa pun boleh jadi seperti mereka jika terus berusaha dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata tetapi berterusan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Kerajaan telah lahirkan pelbagai usaha dan alternatif untuk membantu orang orang yang memerlukan mahupun tidak serta menjaga kebajikan dengan menyediakan fasiliti yang diperlukan. Populasi Sarawak yang besar juga harus diambil kira dengan kepadatan penduduk yang kurang, maka pembangunan akan dilakukan secara berperingkat dan sistematik. Selain itu, isu video juga secara peribadi saya kurang berminat kerana hal seperti ini mengaibkan seseorang, jika benar pun si pelaku melakukan benda ini, doakan semoga beliau bertaubat dan berhenti merosakkan pemikiran rakyat tetapi jika ia fitnah, hentikanlah fitnah ini kerana ia merosakkan akhlak manusia dan menyebabkan orang semakin membenci BN. Orang ramai sudah jemu mendengar perkara seperti ini dan mengganggap perkara ini adalah propaganda semata-mata, Adalah lebih wajar jika ditimbulkan isu lain berkenaan isu perancangan strategik serta kebaikan yang akan dan telah dibawa oleh kerajaan, isu pendidikan nasional, isu tanah diperjelaskan dengan berhemah serta isu-isu tradisional seperti jalan raya harus diperkemaskinikan. Isu SCORE dan pelaburan asing sebanyak 300 billion wajar diperhebahkan kerana pembangunan sosio ekonomi secara holistik dijangkakan akan berlaku kesan kejayaan daripada SCORE kelak. Isu peralihan kuasa juga menjadi persoalan kerana siapa akan menggantikan KM yang sedia ada, Mampukah beliau mewarisi ataupun menyambung kesinambungan kepimpinan YAB KM sekarang? Berkenaan isu video, biarkan PDRM jalankan tugas mereka dan jangan di politikkan perkara ini. Media juga haruslah adil dan saksama di dalam menyebarkan infomasi samada kebaikan kerajaan dan juga pembangkang kerana Tsunami Politik telah berlaku pada 2008 dan rakyat sekang lebih peka kepada sensitiviti media kerana rakyat lebih mengetahui dan merasai apa yang telah berlaku ditempat mereka. Saya jangkakan pilihanraya sarawak kali ini mendatangkan gempa buat ahli BN dan kemungkinan kehilangan beberapa kerusi di kawasan tertentu namun masih mampu mengekalkan 2/3 kerusi di dalam DUN, maka proses "check and Balance" akan lebih berkesan jika suara pembangkang bergema untuk kerajaan lebih telus. Apa pun diharap bakal YB yang menang, peka masalah rakyat dan BELIA khususnya kerana kami adalah PEWARIS kepimpinan anda hari ini. Jangan tinggalkan kami sebuah pentadbiran yang teruk, biarlah kami dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan YAB KM dan juga YAB PM. Semoga dengan izin ALLAH, rakyat mampu memikirkan mana baik dan buruk semasa pilihanraya kali ini dan mengundi dengan bijak dan melihat sekeliling serta menghargai pembangunan yang telah dibawa dan sedang dibawa. Apa pun keputusan, kita tetap rakyat Sarawak yang inginkan Pembangunan serta kebajikan tetap dijaga. YB juga harus kerap turun padang dan beramah mesra bersama rakyat serta kurangkan PROTOKOL di dalam majlis bersama rakyat. Selamat Mengundi Rakyat Sarawak.

Sunday, February 27, 2011

Minggu Kritikal!!

Salam sejahtera kepada yg sudi membaca blog aku yg jarang aku update ini. Berbalik kepada topik di atas, minggu ini dan minggu depan aku akan menghadapi seranagn test, quiz, presentation yang bertubi-tubi. Ini boleh buat otak jd penat coz byk sgt membaca dan menghafal.. dah aku pilih jalan ini so jgn merungut Fitri! hurm, sekarang aku dah selalu menghabiskan masa terluang aku utk mengurangkan berat badan dan build muscle sikit.. Alhamdulillah dah hampir sebulan aku ke GYM perubahan aku dah rasai dan lebih bertenaga jugak.. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang ini kepadaku. Yalahkan manalah tahu dah akhir zaman nie perlu g perang ke, kalau badan dah FIT dpt gak berjihad.. ahaks.. gurau je.. saja je nak kekalkan kesihatan almaklumla, sekarang bapak ku dah kurang sehat dan menjalani rawatan susulan Kanser Hidung Beliau, jadi aku harus juga menjaga kesihatan utk menggantikan tugas ayah ku nanti sedikit demi sedikit..Semoga Allah izinkan Penyakit ayahku sembuh.. Ameen. Cukupla sekadar kali ini nak citer kat pembaca... Salam sehingga berjumpa lagi... * BTW seorang calon Fav aku, FArid Zuhri menang MPP dan ditabalkan jadi YDP MPP SHAH ALAM 11/12. Semoga Allah merahmati perjuanagn beliau dan kabinet MPP beliau... wallahuallam..

Sunday, February 20, 2011

Pilihan Raya Kampus

Alhamdulillah sekarang adalah pilihan raya kampus di IPTA, Di UiTM telah pun terasa bahangnya. Fakulti aku mempunyai 4 orang calon yang layak bertanding. Aku belum lagi mempunyai ilham dan petunjuk untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, mungkin Allah masih memberi ruang kepadaku untuk banyak lagi belajar dan membuat "networking" sebanyak mungkin. Jika ada ruang dan kesempatan serta ilham dari Allah, InsyaAllah tahun depan aku akan bertanding. Yang menarik pada kali ini, aku mempunyai calon "favourite" iaitu Saudara Farid Zuhri dari part 3 dan Saudara Noorazrein Ong dari part 5. kedua dua mereka mempunyai personaliti menarik. Farid seorang yang merendah diri dan pemimpin yang kita mahukan, manakala saudara Ong seorang yang penuh pengalaman, beliau pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini namun gagal, tetapi aku optimis kali ini mereka berdua akan menang jika tiada sabotaj dan cemburu buta yang cuba menjatuhkan mereka. Ada suara sumbang mengatakan yang kempen mereka berdua "align" dan menuduh aku menjadi dalang. Fitnah ini memang TERDESAK kerana aku bergerak secara BEBAS dan tidak berkempen untuk kedua dua orang ini tetapi ini pendapat peribadi aku. aku TIDAK TERIKAT dgn mana mana pun mereka ini cuma hubungan sebagai satu Fakulti yang rajin bertegur sapa. Al maklum la Fakulti aku kan "UP sikit" entah apa yang di banggakan aku pun tak tahu.. Bongkak dan Sombong tak akan membawa kemana ya. Calon lain tu aku tak kenal lagi. so tak dapat nak bagi kesimpulan apa apa, MUNGKIN juga dia orang bagus, tetapi calon favourite aku adalah Farid dan Ong. Full stop. suara sumbang itu mungkin risau dgn kapasiti aku untuk mempengaruhi seramai mungkin batch aku dan juga pelajar fakulti undang undang kerana aku punyai connection yang pelbagai terdiri dari pelbagai Batch dan pengaruh aku sbg MANTAN YDP MPP UiTM Sarawak. Aku ingin tegaskan AKU bergerak bebas tidak terikat dgn mana mana kempen OK, jgn lah cemburu dan cuba menjatuhkan peluang orang lain kerana risau akan kebolehan aku utk menyebarkan ideologi dan pengaruh ke seluruh Fakulti Undang Undang. Aku akan terus dgn pendirian BEBAS aku memilih dua calon ini utk menang, tetapi hak tetap di tangan PELAJAR FAKULTI UNDANG UNDANG yang turun mengundi. menang atau kalah ketentuan Allah, Aku tidak berkempen utk kedua dua pihak tetapi ini pendirian bebas aku yang ingin dikongsi dgn rakan- rakan ku khususnya di Facebook. aku tidak takut untuk berdepan tindakan disiplin kerana aku bergerak bebas dan tidak terikat dengan mana mana calon. Ini hak aku utk memilih calon pilihan hatiku. Semoga Allah memeliharaku dan sahabatku dari fitnah durjana orang yang dengki. Menang atau kalah adalah rezeki mereka masing2. aku doakan pilihan raya kali ini berjalan dengan BERSIH. InsyaAllah..

Sunday, January 16, 2011

Yuna - Gadis Semasa (High Quality Sound Studio Version)

semester baru!!!

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan utk meneruskan pengajian ku walaupun ada yang tersangkut kat semester sebelumnya(repeat paper la). Aku tidak pernah merasa sedih (* a'ah tipu la kalau takde sedih langsung) tetapi aku merasa lebih bersemangat utk memperbaiki kelemahan ku kerana aku percaya kepada peluang kedua di dalam hidup.. hurm, buku2 banyak yang dah di beli dan di photostat utk rujukan aku study sem nie nanti.. InsyaAllah aku akan memulakan "study group" bersama member dlm cuti tahun baru cina atau selepas Mid Term nanti. kali ini aku tak nak ada "favourite" subjek je, nanti kantoi macam last sem plak.. aku sekarang nak fokus ngan study jer.. buat masa nie aku memang TAKDE AWEK sebab nak fokus study (* chewah nak tunjuk baik la tadi walhal hakikatnya takde orang nak kat aku!! Ahaks...) tapi takpe, semua tu tak kisah, aku masih lagi ingat niat aku pertama kali masuk UiTM Shah Alam nie coz nak jadi LAWYER terbilang apabila keluar nanti dan menegakkan keadilan yang hampir pupus selama ini. Semoga Allah SWT sentiasa melindungiku di setiap nafasku, hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki ku daripada sebarang bentuk Dosa Besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan Junjungan Besar Nabi Muhammmad SAW... Semoga hatiku hanya utk Islam dan keluarga yang tercinta... Ameen, Wallahuallam...