Wednesday, December 22, 2010

segalanya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah..

Salam... Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya aku menulis kembali, banyak perkara telah berlaku kebelakangan ini, Peperiksaan aku yag lepas penuh kejutan, "kejutan" la sangat.. hehe, aku buat pertama kali dalam sejarah Universiti failed paper Contract Law II.. tapi tak mengapa, mungkin peluang kedua nanti aku dapat yang lebih baik.. mungkin ini sebagai pengajaran buat aku agar lebih fokus dan tidak "favour" sesetengah subjek sahaja... Selain itu, bapak aku sekarang sedang menghidap penyakit Kanser Hidung yang aku ketahui berita nya sejurus selepas last paper aku on 9 Nov 2010.. Setelah lebih sebulan aku menghabiskan cuti semester aku di Kuching menemani bapaku menjalani Rawatan Radioterapi dan Kimoterapi dan mendapatkan air bacaan daripada Ustaz Akram (Darussyifaa'). Syukur Alhamdulillah keadaan bapaku bertambah positif.. Walaupun disahkan Menghadapi Kanser tahap 4, Namun kami percaya bahawa setiap penyakit, ajal dan maut daripada Allah, kepada Allah jualah kita memohon agar dengan keizinan dari Allah akan sembuhlah segala jenis penyakit, Mungkin dengan kesakitan ini menjadikan kami lebih mengingati dan memperhambakan diri Kepada Allah SWT. Janganlah pernah berputus harap pertolongan daripada Allah kerana Dialah yang menciptakan dan mematikan kita.. Wallahuallam..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak..

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua teman-teman, Semoga Allah merahmati kita semua.. ameen..

Saturday, July 17, 2010

Mari Mengenal Allah...

Sekarang ini semakin ramai manusia lupa akan Allah dan tanggungjawab kita semua kepada-Nya. Ini termasuklah diriku, kadang2 kita beribadah tetapi kita tidak konsisten, mengapa ini terjadi? baru2 ini aku menghadiri sebua "majlis" ilmu dan persaudaraan bersama adik beradik dan YM Ayahanda. Beliau berkongsi ilmu dgn kami, kita sebenarnya bukan hanya perlu tahu Allah, tetapi tanggungjawab kita mengenali Allah, barulah kita akan konsisten menyembah-Nya dan berpegang teguh pada ajaran-Nya.. Bagaimana kita ingin mengenal Allah? Ada 7 peringkat. Pertama kita dikurniakan akal untuk berfikir, gunakan ia untuk menuntut ilmu didunia yang serba luas ini. yang kedua ialah ilmu ilmu yang berguna dapat membezakan yang mana baik dan buruk. gunakan sepenuhnya untuk mengenali Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah. inilah wasiat agung peninggalan Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia. ketiga, dengan adnya ilmu yang baik2 tadi, kita amalkan dalam kehidupan seharian kita, barulah ia jadi sebati dan seterusnya kita akan faham apa yang kita lakukan iaitu perngkat keempat iaitu faham. yang kelima adalah yakin. yakinilah semua ilmu2 yang berguna tadi, tanpa keyakinan, seolah-olah kita tidak yakin ilmu itu dari Allah dan kita tidak yakin Allah itu wujud. yang keenam ialah keimanan, setelah kita yakin akan kewujudan Allah dan ilmu itu dari Allah, ia akan memupuk keimanan dalam diri kita, apa saja yang kita lakukan, Allah lebih mengetahui, terkandung dalam Al-Ihsan. akhirnya yang ketujuh, setelah iman kita kepada Allah semakin kuat, maka terbentuklah secara sendirinya Islam, iaitu cara2 kita mengenali Allah, bukan sekadar pada keturunan dan nama, tetapi secara fizikal, mental dan rohani kita semuanya milik Allah yang Esa. Melalui konsep ini, kita akan mengenal Allah dan juga kita akan mendalami apa sebenarnya Islam, renung-renungkan dan selamat beramal, Sesungguhnya, aku pun masih dalam kegelapan yang terkapai-kapai mencari cahaya Islam, Semoga perjalananku di permudahkan. amin...Wallahuallam..

Saturday, June 12, 2010

result oh result.....

Syukur Alhamdulillah aku berjaya meneruskan pengajian ke semester ke dua... Pernah terdetik di hati ini, adakah aku akan dismiss pada semester lepas sehinggakan aku takut untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur lebih awal, bukan nya apa, selepas melalui semester pertama yang penuh ranjau, aku merasakan sebenarnya tidak mudah untuk blaja kursus profesional undang-undang ini. kursus ini seronok untuk dipelajari tetapi bila Final Exam jer, rasa nak gila study, walaupun sebulan before final aku dah mulakan persiapan sedikit demi sedikit... aku telah nampak kelemahan aku aku lakukan pada semester lepas iaitu, mudah putus asa selepas keputusan test mid term tidak memuaskan, aku lambat utk kukuhkan semula momentum, kemudian terlalu rilek dan cool, momentum lambat pick up kerana masih tercari-cari zon sesuai kerana buat pertama kali berjaya memasuki fakulti yang aku cita-citakan selama ini.. Selain itu juga, aku terlalu jiwa kacau di akhir semester lepas, memikirkan perkara yang tidak perlu langsung dalam hidup buat masa ini. InsyaAllah, mulai hari ini, aku akan muhasabah diri serta bersiap sedia secara mental utk memulakan semester baru, aku target dapatkan result yang baik, jauh lebih baik dari semester ini, aku benar2 ingin menyambung kedalam LLB selepas BLS ini..wallahuallam.

Monday, May 31, 2010

kejadian sewaktu cuti semester...

Alhamdulillah aku akhirnya tiba di Btu pada 25 mei 2010. tetapi pada 26 mei 2010 jam 1.30 petang, datuk aku, Pengiran Haji Awang Hussien bin Hj Awang Ahmad telah kembali kerahmatullah. Aku memang sedih, tetapi bersyukur niat, hajat serta doa ku di makbulkan Allah iaitu andaikata datukku pergi, biarlah aku berada di Bintulu. aku redha kerana aku percaya, Mati itu janji yang pasti. Pada 29-30 mei 2010, aku telah menyertai program Kursus Asas Fasilitator Ideal dinaungi Perkepis cawangan Bintulu. Aku berterima kasih kepada khairul, Fatma dan Zuria kerana telah mengajak aku menyertai program yang hebat dan punyai matlamat suci untuk membantu anak bangsa khususnya di Bintulu. Program ini punyai impian besar yang sungguh murni. Syukurlah, hatiku masih terbuka untuk menyertai prorgam ilmiah dan keagamaan seperti ini. InsyaAllah, aktiviti seterusnya, "Jom Cemerlang SPM" akan diadakan, InsyaAllah kali ini, aku akan cuba terlibat secara aktif dan sepenuhnya..Wallahuallam.

Tuesday, May 18, 2010

Konvokesyen, masa depan dan ajal....

InsyaAllah jika dipanjangkan usia, aku akan mendapat segulung diploma pada istiadat konvokesyen pada 22 mei 2010 ini.. perit jerih telah dilalui sepanjang 3 tahun, Alhamdulillah, aku telah berjaya tamat walaupunb target ku utk mendapat ANC tidak kesampaian.. tp aku bersyukur, Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Keseluruhan yg lepas pengubat kesedihan aku...Perjalanan aku masih jauh.. Perancangan sudah pun dibentangkan, samada berjaya mengikut perancangan atau tidak, bukanlah aku yang akan menentukan, aku berserah pada Allah SWT. aku meracang menamatkan BLS(hons) dalam 2 tahun setengah dari skrg, then LLB (hons), selepas itu, aku bercadang nak lakukan chambering or join AG Chamber, aku cuba meraih pengalaman selama 3-4 tahun, then buka firm sendiri, start at 30 yrs old, aku dah punyai income stabil, penuhi impian umat Islam menunaikan ibadah Haji bersama keluarga sekiranya usia panjang. aku bercadang memasuki arena politik ketika berusia 35 tahun dan mendirikan rumah tangga jika ada jodoh.Tetapi aku ingin menamatkan oengajian sehingga PHD jika mampu. Setelah 30-35 tahun aku berkecimpung dalam arena politik, aku ingin kembali ke tanah suci Mekah dan berharap agar riwayat hidupku berakhir disana.. impian semua muslim yang cintakan Allah... aku hanya merancang, tp Allah menentukan segalanya., Wallahuallam..

Thursday, May 6, 2010

pantasnya waktu beredar..

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan satu semester yang penuh ranjau di UiTM Shah Alam. Final Exam lepas mmg sukar utk di nilaikan, tp yg penting aku telah berusaha sehabis upayaku. pelbagai masalah, cabaran, dugaan sebenarnya mematangkan aku. Mungkin aku seorang yang emosi sehinggakan apa saja perubahan dalam diri bukanlah benda yang mudah untuk aku terima. Buat pertama kali nya dalam sejarah, aku tidak bergiat aktif dalam apa pun persatuan dan kelab, mungkin kerana kau ingin menjadi seorng pemimpin yang bermula dari bawah, tetapi pada semester depan, aku telah di amanahkan senior aku, untuk membantu "Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS)" aku diamanahkan untuk menguruskan PASS di Uitm Shah Alam, sebenarnya aku tidak ingin, tetapi bila difikirkan, apa salahnya membantu sahabat senegeri sendiri dalam menjaga kebajikan sesama kita. aku menerimanya dgn penuh rasa tanggung jawab. InsyaAllah, jika sahabat2 ada cadangan tentang PASS, bolehla berkongsi bersama. mungkin mulai semester hadapan, aku akan bergiat semula dalam aktiviti Universiti kerana aku ingin membantu Agama, Bangsa dan Tanah Airku, jadi aku jadikan ia sebagai langkah permulaan.. Wallahullam.

Tuesday, April 13, 2010

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Friday, April 9, 2010

Wawasan 2020: Bersediakah kita menghadapi masa itu?

Sekarang tinggal kurang lebih 10 tahun lagi untuk Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020 tetapi persoalan buat kita semua, adakah kita sudah bersedia? Yakinkah kita akan anak-anak muda sekarang yang akan menerajui negara di masa hadapan? Majukah kita dlm bidang akademik, ekonomi, politik dan juga sosial? Adakah kita sudah melepasi segala halangan tersebut untuk bergerak seirng dengan negara maju yang lain?? Ayuh kita bergerak segera agar Misi dan Visi Negara dapat kita capai bersama-sama bukannya meletak segala masalah dan perancangan kepada Pemimpin negara semata-mata.. Bangkitlah dari "tidur serta memori lepas" ...Jangan hanya bermimpi dan berangan-angan kosong sahaja. Aku tetiba terfikir akan masa depan aku, apa yang akan berlaku dalam tempoh masa 10 tahun nanti, itu semua kuasa Allah. Aku pernah mendengar pepatah, jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara, kita lihatlah golongan belia pada hari ini, begitulah keadaan negara di masa depan. Wallahuallam, Ini sekadar renungan bersama...

Tuesday, March 9, 2010

Masih Cinta by Kotak

Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Sunday, March 7, 2010

Strategi telah disusun rapi, peperangan akan bermula...

Hurm, sekarang tinggal lebih kurang sebulan untuk Final Exam, aku terasa minda ku kekurangan ilmu yang sepatutnya. Sekarang aku semakin takut akan keupayaan diriku ini, adakah aku akan berjaya sehingga ke akhirnya didalam pengajianku, ataupun terkandas di tengah jalan dan kerugian masa lagi. Aku semakin hari semakin takut, aku risau tentang persiapan ku yang kurang konsisten, sekarang. Strategi yang aku gunakan sekarang ialah, belajar sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari di PTAR 2 pada waktu malam. Sekurang-kurangnya aku tidaklah membuang masa ku terlalu banyak utk enjoy yg akhirnya mungkin akan memakan diri sendiri. Test yang lepas telah aku lalui dengan teruknya. Aku akhirnya akan merasa jugak kegagalan walaupun telah berusaha, tetapi tak mengapa, sekurang-kurangnya, kegagalan aku bermaruah daripada meniru semasa Test yang akan menipu diri sendiri dan tiada keberkatan daripada Allah, Kepada-Nya aku menuntut Ilmu, dan Allah jualah yang akan memberkati ataupun menarik balik Ilmu itu dariku. Semoga perjalanan ku akan dipermudahkan kerana perjuangan ku untuk membantu anak bangsa dan agamaku akan dapat ku teruskan sehingga nyawaku terputus dari jasad ku ini. Wallahuallam.

Wednesday, February 17, 2010

Entah by Afgan.

kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

masih kah ada, o...
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

Monday, February 15, 2010

khilafnya manusia dalam perhubungan...

Aku baru2 ini telah melukakan hati salah seorang yang amat penting dalam hidupku, tiada pun niat ataupun terlintas langsung dihati ini untuk mengatakan "WORD" tersebut kepadanya, aku merujuk kepada diriku sendiri sebenarnya, akibat salah faham, ia kini telah menjauhkan aku darinya. Pelbagai cara untuk ku memohon maaf atas kekhilafan yang tidak pernah aku maksudkan. Aku amat sedih kerana terjadinya perkara sebegini.. Andai kau mendengar rintihan hatiku yang menyesali keterlanjuranku dalam berbicara, ku harapkan engkau dapat memaafkan diriku... Aku tak ingin engkau jauh dariku...Maafkan aku..

Friday, January 22, 2010

Muhasabah diri

Semua manusia ciptaan Allah pasti akan diduga tidak kira bangsa dan agama, setiap orang ada dugaan hidup mereka sendiri yang telah Allah tetapkan, samada dugaan kemiskinan, kekayaan, kegagalan, ataupun kejayaan. Sebagai Muslim, kita harus percaya rukun Iman iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar. Kita harus bersyukur dan redha pada setiap ketentuan Allah. Ingatlah, Allah maha mengetahui dan mengawal sekalian alam, Allah boleh merubah segalanya sekelip maka, pelbagai ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita, tanpa kita minta ataupun mungkin tidak kita sedari.. Tetapi yang pasti, kita selalu merungut jika kita diberikan ujian yang kita rasakan berat untuk kita pikul. Aku juga begitu. Tetapi jika dibandingkan kita dengan para sahabat, sungguh jauh sekali perbezaannya. Antara langit dan bumi. Sebagai manusia, kita tidak pernah merasa puas dan bersyukur malahan sentiasa menyalahkan takdir jika apa yang kita inginkan tidak tercapai ataupun kurang daripada orang lain. Tetapi tidakkah kita tahu akan hikmah di sebalik kejadian yang Allah berikan kepada kita? Begitu sukarkah untuk kita meluahkan kesyukuran atas segala yang telah diberikan? Ingin saya bertanya kepada kita semua, pernahkan Allah minta pembalasan setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita? Mari kita sama-sama fikir dan renungkan perkara diatas.. Wallahuallam..

Saturday, January 9, 2010

Perjuangan dan harapan..

Sudah lama aku tidak menulis. Mungkin agak sibuk dengan pendaftaran kemasukan ke UiTM Shah Alam 2 Januari lepas. Pada mulanya aku ditawarkan Ijazah SM Sains Pentadbiran (kepujian). ini merupakan pilihan keempat ku. aku sedih kerana tidak dapat tawaran untuk program Ijazah SM Pengajian Undang-undang. Aku redha dan melakukan Solat istikharah supaya ditunjukkan jalan yang terbaik bagiku. Aku tiba di Shah Alam pada 1 Jan 2010. Aku meneruskan pendaftaran pada 2 Januari. Hatiku masih mengharap akan keajaiban Allah, namun ia mungkin angan-angan bagiku. Tetapi sinar harapan kembali cerah setelah mendapat berita akan kebenaran untuk pertukaran program, sahabatku, Syukury dan Ain telah mengajakku untuk menukar program. Kami cuba berjumpa dengan KP BLS untuk pertukaran program. Syukur, kami bertiga diterima masuk. Aku bersyukur yang amat kerana langkah pertama untuk belajar undang-undang telah dimakbulkan Allah walhal aku hampir pasrah dan berputus asa. Syukur dan jutaan terima kasih buat sahabatku (syuk &ain) kerana memberi peluang dan jalan bagiku untuk merayu pertukaran program, tidak lupa juga terima kasih kepada sesiapa yang banyak membantuku, Doakan aku terus berjaya agar niatku untuk membantu Agamaku, Bangsaku, Tanah Airku, Keluargaku, sahabatku serta untuk diriku sendiri. sesungguhnya, harapanku hampir menjadi kenyataan cuma usaha dan rezeki sahaja yang akan menentukan kejayaan itu milikku atau tidak. Perjuanganku di medan pendidikan dan undang-undang kini baru bermula. Ku doakan juga kejayaan sahabat ku.