Tuesday, December 15, 2009

hari-hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya...

Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ini. Pertamanya kerana laptop ku rosak, selain itu, aku tidak punyai masa terluang untuk "update" blog ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan aku kejayaan melepasi halangan peperiksaan peringkat diploma yang lepas. Aku berjaya tamat diploma ku. InsyaAllah keputusan kemasukan peringkat ijazah UiTM akan keluar esok hari. Aku mengharapkan Allah mengurniakan aku sekali lagi kegembiraan kepadaku. Semoga apa yang aku inginkan di dalam hidup ini akan dapat dimulakan dengan langkah pertama ku di dalam bidang yang aku ingnkan dari dulu lagi. Setelah aku di duga dengan pelbagai ujian dari-Mu Ya Allah, kurniakanlah bagiku kali ini apa yang aku cita-cita kan selama ini. Aku redha dengan ujian Mu, aku menerimanya dengan hati terbuka walaupun aku hampir gagal menanggung kesedihan itu, jika benar dia milikku, aku akan terus menunggu. Jika dia bukan milikku, kurniakanlah dia lelaki yang jauh lebih baik dari ku.(amin). Yang lalu biarkan berlalu, kini perjuangan baru akan bermula tidak lama lagi. Berikanlah aku kekuatan dan permudahkanlah jalanku agar dapat aku berjuang di jalan-Mu suatu hari nanti. Kurniakanlah hamba-Mu ini umur yang panjang, rezeki yang melimpah serta kekuatan fizikal dan mental agar terus dapat berjuang ke jalan-Mu hingga terputusnya nyawa dari jasad ku ini. Wallahuallam..

Thursday, December 3, 2009

Tabah

Sejak malam tersebut, tidur tidak lena lagi, fikiranku tanpa henti memikirkan tentang dia. Aku bertanya pada diriku, mampukah aku menukar pemikiranku serta hatiku terhadap dia yang aku benar-benar cintai dan sayangi itu kepada seorang kawan biasa? hakikatnya, aku tidak mampu menipu diri ini, aku benar-benar menyayangi diri nya bukan sebagai kawan tetapi lebih daripada itu. Malangnya, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Ingin ku rayu, tetapi hati nya bukan mudah untuk di cairkan, begitu keras hatinya. Bak kata orang, cinta sejati memerlukan pengorbanan. Aku akan berkorban perasaanku, hatiku, mindaku agar si dia terus bahagia dan ceria. Senyumannya serta gurauannya amat ku rindui. Biarlah hatiku menangis, tetapi janganlah ku biarkan dia berduka lagi untuk kehilangan aku yang dia anggap cuma kawan biasa. Memang pedih ku rasa, setiap kali aku berhubung dengan nya, aku terasa sedih yang amat, air mata gugur tanpa ku sedari. Mungkin ini dugaan ku untuk terus menyintai dirinya. Dia cukup baik untukku, kenangan ku berkenalan dengan nya cukup indah. Hidupku ceria selalu, tetapi kini tidak seindah dulu, aku sudah tahu akan kebenaran siapa diriku ini bagi dirinya, aku hanya kawan biasa tidak lebih daripada itu. Aku harus hormati keputusan nya, cinta bukan boleh dipaksa, cuma aku masih mengharapkan keajaiban dari Allah. Pernah terdetik di hati ini untuk putuskan sahaja dari berhubung dengan nya, walaupun aku tahu aku akan derita jika terus berhubung dengan nya, tetapi aku tidak mampu berbuat demikian kerana aku tahu dia tidak mahu kehilangan seorang kawan dalam hidupnya. Aku harus jaga hatinya jika aku benar-benar menyayanginya. Benar aku memang sedih, tetapi aku tak ingin lihat nya berduka, biarlah beban ini ku tanggung sendirian, aku tak perlukan simpati orang. Aku hanya perlukan cinta darinya bukan simpati. Aku ingin buktikan padanya bahawa aku benar-benar ikhlas menyayangi dirinya dan ingin menjaganya sehingga terputusnya nyawaku di dunia yang fana ini. Aku harus jadi lelaki yang tabah. Blog ini tempat ku mengadu kerana aku tak mahu menyusahkan orang lagi, lebih baik ku pendam sahaja segala perasaanku samada susah atau senang, aku tak perlukan orang lain untuk tahu dan bersimpati keatas ku. Aku ingin jadi lelaki yang tabah dengan ujian Allah. Aku tak nak melukakan hati orang yang aku cintai dan sayangi, biarlah aku berkorban buat ketika ini selagi aku masih bernyawa.. Sesungguhnya Allah mendengar segala rintihan hatiku ini yang seringkali menangis mengenangkan dirinya yang tidak menyintai diri ini. Aku doakan dirinya bahgia selalu, dan aku tak nak dia tahu tentang penderitaan aku ini, biarku tanggung sendirian.. :'(

Tuesday, December 1, 2009

Pertemuan dan perpisahan...

Pertemuan adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan, ia datang tanpa kita sedari, tetapi perpisahan adalah sesuatu kita tahu akan terjadi tetapi tidak tahu bila akan masanya tiba. Malam ini, aku menerima sesuatu berita ataupun jawapan yang aku nantikan, walaupun ia tidak seindah yang ku harapkan, tetapi ia sudahpun berlaku, masa tidak dapat diputar kembali untuk aku mengelak apa yang telah berlaku, terutama sekali pertemuanku dengan nya. Keputusan telah di buat, aku harus menerimanya, samada suka atau tidak. Allah menduga aku lagi kali ini, rasa tidak tertanggung akan dugaan kali ini. Aku masih lagi mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Luka hatiku berdarah lagi, bukan oleh orang yang sama, tetapi pedih kali ini cukup terasa. Mungkin disebabkan oleh usiaku telah menginjak lebih dewasa dari dahulu. Kali ini, aku menangis tanpa pedulikan sesiapa pun. Ia tidak dapat ku bendung lagi, gugurnya airmata kerana kehilangan sesuatu yang amat di sayangi dan di cintai, tetapi apakan daya cinta memerlukan kedua-dua hati untuk menjadi satu. Ianya tidak terjadi lagi. Biarkanlah dia memilih jalan yang terbaik buat dirinya. Siapalah aku ini bagi dirinya. Apapun berlaku, akan ku doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidupnya kelak. Moga mendapat orang yang lebih baik dari ku. Tetapi untukku melupakan seseorang yang sudah bertakhta di hati ini bukanlah mudah. Biarlah aku menanggung beban ini sendirian. Allah tentunya memahami dan menyayangi diriku ini. Petunjuk dari-Mu amat ku harapkan. Mungkin malam ini, perpisahan aku dan dirimu akan berlaku oleh jarak dan tempat. Tentunya, engkau perlukan ruang dan peluang, jadi akan ku berikan kepadamu. Selamat tinggal memori indah lalu, ku biarkan ia berlalu. Esok, perjuangan ku yang baru akan bermula, agamaku, bangsaku, tanah airku, keluargaku amat memerlukan keringat ini, doakan agar perjalananku kali ini lebih mudah untukku berjuang kepada jalanmu, Ya Allah.. salam..