Sunday, January 1, 2012

Hidayah itu milik Allah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kasih dan sayang-Nya aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan ingin kembali ke jalan yang di redhai Allah. Entry ini bukanlah untuk menunjukkan atau riak nya aku. Aku, Mohamad Fitri bin Abdul Rahim terlalu banyak dosa di dunia ini sehingga banyak mengabaikan perintah Allah SWT. Setelah mendengar kisah penghijrahan Bob Lokman kembali ke pangkal jalan. Aku terpanggil untuk berkongsi juga bagaimana aku boleh tergerak hati utk cuba berhijrah. Niat ingin berhijrah telah lama di hati ini, cuma apabila ingin menggerakkannya, kekuatan itu tiada. Aku sentiasa terfikir, aku bukanlah org yang jahil ttg agama, sekurang-kurangnya asas agama yg aku ada sewaktu kecil cukup untuk aku menjalankan perintah Allah. Memang benar, terlalu cetek ilmuku, tetapi maksudku di sini adalah, tiada alasan untukku meninggalkan perintah Allah. Hidupku terasa kosong dan celaru. Pelbagai perkara telah berlaku dlm hidup atas rahmat Allah dan kasih sayang Allah untukku supaya kembali ke pangkal jalan. Setahun yang lepas, Bapaku telah menghidap Kanser Hidung tahap keempat, Alhamdulillah beliau telah kembali sehat pada bulan Jun tahun 2011, tetapi dugaan kedua ialah Nenek kesayangan telah kembali kepada Allah SWT. Ia mengejutkan tetapi saya redha. Dalam pada itu, Nenek saudara iaitu adik kepada nenek kandung saya selalu mengingatkan kami, agar tidak meninggalkan solat 5 waktu dan taat pada perintah Allah. Saya sedar yang saya selama ini, solatnya tunggang langgang, berniat, tp kekuatan tiada. Namun selepas Hari Raya Aidil Adha lepas, Bapa saya telah diserang sakit kanser lagi, kali ini menyerang saraf mata beliau dan ketika aku balik ke Kuching utk menemani bapaku Di Hospital Umum Sarawak, Ku lihat wajah bapaku sedang menahan kesakitan. Bapaku seorang yang amat berahsia dan pendiam, jarang untuk mengeluh walaupun sakit. Tetapi kali ini aku dpt merasakan kesakitan itu. Aku amat sedih, aku redha dugaan Allah kali ini untuk membuka hidayah-Nya kepada aku. ketika pulang ke Shah Alam, aku kepenatan dan tidur selepas waktu Asar, pada waktu itu, baru sahaja di awal Muharram jika tidak silap. Didalam tidur itu, aku bermimpi dan bangunnya aku, terlihat Facebook ttg mati pada hari Jumaat. Aku terus mengkaji, dan Alhamdulillah hati ku terbuka kali ini, dan berniat untuk berhijrah bermula Maghrib iaitu pemula hari di bulan Islam. Syukur, skrg aku akan berusaha untuk kekal dalam perjuangn Islam sebenarnya. Satu perkara yang membuka hatiku ialah, sejak akhir akhir ini, aku selalu bermimpi kehilangan atau kematiaan orang yang disayangi. Ya Allah amat hiba sekali rasa hatiku memikirkannya, aku sayu mengenangkan, bagaimana jika giliran aku mati kelak, tetapi aku masih lagi lalai dan mengabaikan perintah Allah. Neraka adalah tempatku. Aku jd takut dan malu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana sering bermaksiat dan mengabaikan perintah yang sudah terang lagi jelas. Bagaimana aku ingin menjadi pemimpin yang adil? Sekarang jawapannya sudah jelas, Kehidupan aku kini untuk mencari Redha dan Rahmat Allah disamping tidak mengabaikan tanggungjawab duniawi aku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku yang lampau. dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa kaum keluarga ku, dosa sahabat handai serta jiran tetangga dan dosa seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah selamatkanlah akidah umat akhir zaman dari fitnah yang nyata dan kesesatan yang terang lagi jelas. Hanya dgn keizinan-Mu Ya Allah kami bergantung harap. Wallahuallam. P/S Solatlah 5 Waktu setelah mendengar Azan, Jangan lengahkan jika tiada aral yg menghalang. Semoga kita beroleh keberkatan dan rahmat serta redha Allah. Jgn dikejar syurga, tetapi kejarlah Rahmat dan Redha Allah kerana kita tidak layak masuk syurga dgn ibadah sahaja melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Wallahuallam, saya yang hina dan jahil ingin berkongsi untuk pengalaman bersama.

Penghijrahan Bob Lokman.wmv