Friday, January 22, 2010

Muhasabah diri

Semua manusia ciptaan Allah pasti akan diduga tidak kira bangsa dan agama, setiap orang ada dugaan hidup mereka sendiri yang telah Allah tetapkan, samada dugaan kemiskinan, kekayaan, kegagalan, ataupun kejayaan. Sebagai Muslim, kita harus percaya rukun Iman iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar. Kita harus bersyukur dan redha pada setiap ketentuan Allah. Ingatlah, Allah maha mengetahui dan mengawal sekalian alam, Allah boleh merubah segalanya sekelip maka, pelbagai ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita, tanpa kita minta ataupun mungkin tidak kita sedari.. Tetapi yang pasti, kita selalu merungut jika kita diberikan ujian yang kita rasakan berat untuk kita pikul. Aku juga begitu. Tetapi jika dibandingkan kita dengan para sahabat, sungguh jauh sekali perbezaannya. Antara langit dan bumi. Sebagai manusia, kita tidak pernah merasa puas dan bersyukur malahan sentiasa menyalahkan takdir jika apa yang kita inginkan tidak tercapai ataupun kurang daripada orang lain. Tetapi tidakkah kita tahu akan hikmah di sebalik kejadian yang Allah berikan kepada kita? Begitu sukarkah untuk kita meluahkan kesyukuran atas segala yang telah diberikan? Ingin saya bertanya kepada kita semua, pernahkan Allah minta pembalasan setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita? Mari kita sama-sama fikir dan renungkan perkara diatas.. Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment