Sunday, February 20, 2011

Pilihan Raya Kampus

Alhamdulillah sekarang adalah pilihan raya kampus di IPTA, Di UiTM telah pun terasa bahangnya. Fakulti aku mempunyai 4 orang calon yang layak bertanding. Aku belum lagi mempunyai ilham dan petunjuk untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, mungkin Allah masih memberi ruang kepadaku untuk banyak lagi belajar dan membuat "networking" sebanyak mungkin. Jika ada ruang dan kesempatan serta ilham dari Allah, InsyaAllah tahun depan aku akan bertanding. Yang menarik pada kali ini, aku mempunyai calon "favourite" iaitu Saudara Farid Zuhri dari part 3 dan Saudara Noorazrein Ong dari part 5. kedua dua mereka mempunyai personaliti menarik. Farid seorang yang merendah diri dan pemimpin yang kita mahukan, manakala saudara Ong seorang yang penuh pengalaman, beliau pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini namun gagal, tetapi aku optimis kali ini mereka berdua akan menang jika tiada sabotaj dan cemburu buta yang cuba menjatuhkan mereka. Ada suara sumbang mengatakan yang kempen mereka berdua "align" dan menuduh aku menjadi dalang. Fitnah ini memang TERDESAK kerana aku bergerak secara BEBAS dan tidak berkempen untuk kedua dua orang ini tetapi ini pendapat peribadi aku. aku TIDAK TERIKAT dgn mana mana pun mereka ini cuma hubungan sebagai satu Fakulti yang rajin bertegur sapa. Al maklum la Fakulti aku kan "UP sikit" entah apa yang di banggakan aku pun tak tahu.. Bongkak dan Sombong tak akan membawa kemana ya. Calon lain tu aku tak kenal lagi. so tak dapat nak bagi kesimpulan apa apa, MUNGKIN juga dia orang bagus, tetapi calon favourite aku adalah Farid dan Ong. Full stop. suara sumbang itu mungkin risau dgn kapasiti aku untuk mempengaruhi seramai mungkin batch aku dan juga pelajar fakulti undang undang kerana aku punyai connection yang pelbagai terdiri dari pelbagai Batch dan pengaruh aku sbg MANTAN YDP MPP UiTM Sarawak. Aku ingin tegaskan AKU bergerak bebas tidak terikat dgn mana mana kempen OK, jgn lah cemburu dan cuba menjatuhkan peluang orang lain kerana risau akan kebolehan aku utk menyebarkan ideologi dan pengaruh ke seluruh Fakulti Undang Undang. Aku akan terus dgn pendirian BEBAS aku memilih dua calon ini utk menang, tetapi hak tetap di tangan PELAJAR FAKULTI UNDANG UNDANG yang turun mengundi. menang atau kalah ketentuan Allah, Aku tidak berkempen utk kedua dua pihak tetapi ini pendirian bebas aku yang ingin dikongsi dgn rakan- rakan ku khususnya di Facebook. aku tidak takut untuk berdepan tindakan disiplin kerana aku bergerak bebas dan tidak terikat dengan mana mana calon. Ini hak aku utk memilih calon pilihan hatiku. Semoga Allah memeliharaku dan sahabatku dari fitnah durjana orang yang dengki. Menang atau kalah adalah rezeki mereka masing2. aku doakan pilihan raya kali ini berjalan dengan BERSIH. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment