Monday, May 2, 2011

Dugaan owh dugaaan

salam keatas seluruh makhluk ciptaan Allah sekalian. Alhamdulilah masih berkesempatan bertemu, kali ini aku menaip ketika berada di LCCT pada jam 0114 bersamaan 2 Mei 2011. Awal pagi semalam aku mendapat msj berkenaan Nenek aku jatuh sakit, maka aku hubungi keluarga di Bintulu untuk pengesahan, pada mulanya, tiada apa2, tetapi pada ptg nya kira2 jam 5.30 ptg, sejurus aku tamat menonton wayang 'the lost swordsman' dan masih lagi bergerak keluar dari dewan, aku call mak aku dan dia maklumkan yang nenek aku sakit tenat, niat utk makan malam awal terpaksa ditunda kerana aku bergegas mencari travel agency dan juga transfer duit dari akaun cimb kepada maybank kononnya jika tidak ketemu travel agency yang masih buka pada masa itu, dan mmg pada jam 6 ptg, tak da Travel Agency yg masih buka, jadi aku pun try la booking online guna maybankard, tp malangnya, tak dapat pulak part payment nya, aku mecuba sehingga tiga kali, ahernya, gagal jugak, dan aku ambil keputusan 'gamble' pg ke KL sentral utk beli tiket d kaunter air asia. Aku tiba di KL sentral jam 9 dan nyaris2 tak dibenar masuk kaunter air asia, utk beli tiket, aku merayu kat abg polis bantuan tu, kata emergency, dia pun tanya kat pegawai di dalam pejabat tu, Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku, berjaya beli tiket pulang balik ke bintulu pada 2 mei dan balik semula ke shah alam pada 4 mei. Memang benar masa utk balik itu singkat, tapi ini mungkin kali terakhir utk jumpa nenek aku, maka tak kisah la sekejap ka, mahal ka, sekurang kurangnya Allah izinkanlah aku berjumpa nenek ku kali terakhir. Kerana beliau amat bermakna dalam diri ini. Itu saja pintaku. Pada 5 mei nie, aku ada last paper, Law and Politic, mudah mudahan Allah permudahkan bacaan, hafalan dan pemahamanku di dalam masa yang singkat dan penyh dugaan ini. Sebenarnya, bapaku juga di masukkan ke wad Bintulu utk rawatan susulan kimoterapi pada jumaat lepas selama seminggu, tetapi disebabkan nenek ku sakit tenat, bapak ku juga sedang menerima rawatan juga terpaksa minta kat doktor utk postpone rawatan, inilah dugaan terhebat utk ku dlm sepanjang minggu peperiksaan ini. Dan malam ini adalah pertama kali aku lepak di LCCT tanpa rehat yang cukup utk menunggu flight balik awal pagi esok. Semoga Allah izinkan aku untuk berjumpa dan meminta maaf terhadap nenek ku buat kali terakhir dan aku redha segala kehendak Allah. Aku yakin Allah tidak akan menduga makhluk-Nya llebih dari kemampuan kita. aku redha segala ketentuan dan takdir kerana hidup dan matiku adalah urusan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment