Thursday, May 26, 2011

Macam Macam Ada

Alhamdulillah selesai sudah pengajian di semester ketiga. banyak jugak paper final yang susah, tetapi telah diharungi dengan usaha yang ada, pada 6 Mei 2011 yang lepas aku dijemput sebagai panel dalam ASTRO AWANI "Meja Bulat Awani" yang dirakamkan untuk tayangan pada 13 Mei 2011 bersempena dengan sambutan Hari Belia Malaysia pada 15 Mei 2011. Disana aku bergandingan bersama Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohamed Maliki, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Puan Wan Salwati dan juga Youth Indepence Saudara Chris, Program dikendalikan oleh saudara Dzulfitri Yusop. Syukur segala berjalan lancar, ini merupakan kali keempat aku muncul di kaca TV selepas RTM utk pendapat mengenai SCORE, kemudian Suara Siswa pada Ogos 2009 dan juga Analisis Politik Sarawak Astro Awani juga pada 28 Mac 2011. Peluang demi peluang muncul untukku berkhidmat kepada masyarakat. Syukur ku panjat kehadrat Allah SWT kerana membuka peluang untukku. Hurm, selepas je tamat semester,permohonan aku untuk bekerja sambilan di Unit Pengurusan Rekod pelajar dan Konvokesyen sebagai "skim khidmat pelajar" telah diterima dan aku enjoy bekerja di sana selama 16 hari tanpa henti setiap hari dan aku amat menyukai kerja tersebut, next sem nak mohon lg tetapi aku insyaAllah akan Praktikal pada cuti sem depan, maka ditunda utk sem akan dtg la. Tanggal 25 Mei 2011, aku telah selamat tiba di Bintulu dan ingin mencari kerja di Bintulu. Pada pagi tadi 26 Mei jam 8 pagi, aku mendapat panggilan dari Cikgu Amanda dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, mereka menjemput aku untuk menjadi panel di dalam forum utk aktiviti Persatuan Tingkatan Enam di UPM Bintulu yang akan diadakan pada 21 Jun nanti, dan aku amat berbesar hati menerima jemputan tersebut kerana aku mmg ingin berkhidmat untuk masyarakat khususnya kepada bekas sekolah ku. Pagi tadi juga aku menghantar permohonan untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih di sekolah SMK Bintulu, Mudah-mudahan segala urusan dan niat suci murniku diperkenankan Allah agar dapat berkhidmat untuk Agama Bangsa dan Tanah Air. Ameen..

No comments:

Post a Comment