Friday, October 7, 2011

Hello Oktober

Salam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih berpeluang melanjutkan ke semester berikutnya. Terlalu lama sudah tidak update berkenaan diri ini. sepanjang cuti semester lepas terlalu banyak perkara berlaku dalam diari kehidupan ini. Tanggal 20 Jun 2011,bersamaan malam 19 Rejab Jam 9.30malam, Nenek tercinta, Allahyarhamah Dayang Saiyah bt Abang Metali telah kembali ke Rahmatullah iaitu sehari sebelum (jadual utk ke Kuching utk appointment Bapa bersama Unit Radioterapi di HUS berkenaan penyakit Kanser Hidung beliau). Namun oleh kerana hal ini, maka terbatallah segala perancangan dan aku mulai sibuk menguruskan hal-hal kematian mewakili ayahku. Segala jenis ilmu baru dipelajari terutama berkenaan urusan selepas kematian seperti "probate" dan lain-lain diperolehi. Tidak dinafikan amat sedih, namun setitis air mata tidak gugur kerana aku tahu, ia akan menyakitkan jenazah, atas kasih dan sayang, bibir sentiasa mendoakan kesejahteraan Nenek di sana. nenek terlalu baik kepada cucunya *terutama kami sekeluarga* dan ia tidak dapat ku lupakan. Aku sentiasa mengenang arwah nenek namun hanya doa dapat ku kirimkan. Allah lebih menyayangi beliau. Seminggu selepas itu, aku telah menolong mak cik aku dalam perniagaan katering selama 2 bulan lebih. Alhamdulillah hal ini telah menimbulkan minatku untuk memasak dan sekarang aku telah pandai memasak Ayam kurma dan Kari Ayam * ok takdelah hebat seperti Chef Wan, As long first trial dapat dimakan* dah kira ok lah tu, Satu kepuasan bagiku. hehehe. Kesyukuran juga bagiku kerana di panjangkan usia mengharungi sebulan ramadhan dan Syawal bersama keuarga tercinta walupun terasa kehilangan arwah nenek, namun sambutan secara sederhana tetap kami sekeluarga laksanakan. Setelah bercuti selama lebih kurang 4 bulan, akhirnya pada 12 september 2011, aku selamat tiba kembali ke Shah Alam untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai sebagai Pelajar Fakulti Undang-Undang* undang2 lah sangat* hehe. Banyak jugak duit habis di awal semester ini. buat aku pening sampai tak tahu macam mana nak gali duit. Nak main 4D, dah terang-terang JUDI ADALAH HARAM DISISI ISLAM maka aku lupakanlah niat. hehe, maka konklusinya, berjimat cermatlah. masaklah dirumah jika lapar. hehehe. Erm satu lagi, InsyaAllah 14 Oktober 2011 nanti, akan ada majlis LAN BERAMBEH bersam YAB KM Sarawak di PWTC dan kali ini aku berjaya mengumpul hampir 200 nama* actually melebihi tapi terpaksa tolak sebab kuota dah penuh. maka satu perjudian untuk mendapatkan 5 buah bas wakil Anak Sarawak UiTM ke Majlis tersebut, maka aku harapkan bantuan wakil MPP dari Sarawak untuk membantu melancarkan permohonan ini. Diharap UiTM tidak prejudis ataupun menolak permohonan ini. Jika terjadi, mungkin terpaksa menggunakan "kabel" untuk membenarkan proses ini. Tidaklah keterlaluan berkenaan permohonan ini, kerana setiap semester hanya sekali sahaja kami memohon. Maka saya berharap, Anak Sarawak lain, berdoa agar perjalanan Majlis bermula dari permohonan bas sehinggalah tamat majlis berjalan lancar dan diredhai Allah SWT. itu sahaja malam ini. Wassalam. MFAR

No comments:

Post a Comment