Sunday, August 12, 2012

Jalan TAR-Masjid India-Semua house-Sogo-IPD Dang Wangi -Caps Square-Pg Jawa (Pecal lele) -Rumah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memanjangkan usia dan dipermudahkan segala perjalanan aku pada hari ini. 11 Ogos 2012 adalah satu sejarah perjalanan aku di bulan Ramadhan kali ini. banyak peristiwa berlaku hari ini. Dimulakan dengan perjalanan ku menuju ke Jalan TAR(Tunku Abdul Rahman) sekitar 1.30 ptg tadi. Jalan TAR cukup popular bagi warga Kuala Lumpur dan sekitarnya termasuk warga Sabah dan Sarawak. Kawasan yang penuh sesak apatah lagi di bulan Ramadhan, Pelbagai gerai jualan dibuka dan boleh membuat kita rambang mata. Aku ke sana atas tujuan menyempurnakan hajat dan pesanan keluarga di kampung untuk membeli barang2 keperluan hari raya. Cuma satu sahaja pesanan yang belum tercapai, mungkin aku akan ke Plaza Alam Sentral (PAS SHAH ALAM) saja kot utk tujuan tersebut. Berbalik pada cerita, aku amat kepenatan dan kehausan ketika "menjelajah" jalan TAR, sesekejap aku akan berehat dan duduk dan pilihan popular adalah Semua House. Kisahnya bermula menarik bermula pada waktu ASAR, atau lebih tepat sekitar jam 4.15ptg(sebelum masuk waktu asar). Aku memilih utk iktikaf dan solat Asar di Masjid India di Jalan TAR tersebut, ketika sedang menaiki tangga, aku terlihat jadual waktu solat yg terpampang menunjukkan waktu Asar pada jam 5.24pm. pada asalnya aku agak pelik dan menyangka mereka salah "Set jam" kot. *terdetik di hati mungkin asar masuk 4.25 kot dan ikut tulisan india nombornya terbalik kot.(bersangka baik). Masuknya aku terus solat sunat dan iktikaf (ramai yg iktikaf di masjid ketika itu). Tepat jam 4.38pm, Blackberry aku menunjukkan waktu Asar telah masuk di KL. Tiba2 datang seorang lelaki azan asar tanpa menggunakan mikrofon dan iqamah serta solat di tengah2 ruang solat. aku agak kehairanan melihat dua orang lelaki masih mengaji Al-Quran dan tidak turut solat Asar. *dalam hati terdetik mungkin mereka musafir dan telah solat jamak kot. Selesai solat, aku keluar Masjid sementara menunggu Nazzar(housemate) balik kerja daripada Caps Square dan berjumpa di luar Masjid India, tiba2 aku dan Nazzar terkejut mendengar Azan Asar pada 5.24pm! Aku pun post status ke dalam Twitter dan mendapat maklumat rupanya mereka Qariah Masjid India mengamalkan Mazhab berbeza. Sebagai muslim kita harus menerima perbezaan pendapat dan mazhab. Seterusnya adengan di Semua House ketika berehat bersama Nazzar, terdengar dan ternampak DBKL bergaduh dan bertengkar dengan Penjaja Air Minuman tidak berpermit. kecoh pulak Jln TAR seketika dengan pergaduahan tersebut. Kemudian aku dan Nazzar pun berlalu menuju SOGO untuk mencari tempat berbuka dan kami berdua selamat berbuka duduk di lantai akibat meja semua dah penuh, kemudian kami berdua Maghrib di IPD Dang Wangi. Selesai solat dan masih terasa lapar, kami berdua menuju Pertama Complex dan makan "Lok-Lok". Beransur menuju ke Jalan TAR setelah makan ternampak lagi Adegan DBKL bergaduh dengan Penjaja Air tidak berpermit dan kali ini sehingga Bekas Minuman tertumpah di atas jalan raya. Memang benar DBKL menjalan tugas tapi gunakanlah perikemanusiaan dan jangan bertindak seolah2 penjaja air adalah penjenayah besar. mungkin penjaja air itu cuma berniaga untuk periuk nasi beliau dan keluarga. kasihanilah mereka dan berikan teguran serta nasihat serta kenakan permit dan caj ketika itu juga adalah lebih rasional. Kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke Shah Alam dan sempat singgah di Caps Square untuk minum. Biasalah kehausan sewaktu perjalanan. Ketika di dalam KTM, oleh kerana tempat duduk penuh, aku dengan selamba duduk di lantai Coach. hehe Tiba di Shah Alam, kami singgah makan lagi di "pecal lele" padang jawa. di sini ketika sedang menunggu order, Datang seorang mamat kurang siuman yang selalu menjaga "TRAFFIK" di Jalan Raya menuju Padang jawa duduk di sebelah meja kami dan datang terus bersalam dengan aku seolah2 dan kenal lama. Memang benar aku selalu menegur sapa dia semasa di atas jalan. Di sini tragedi pergaduhan bermula di antara "Lelaki kurang siuman" bersama "sekumpulan mamat poyo berlagak gangster" Sekumpulan mamat poyo ini duduk jauh di belakang meja saya dan lelaki kurang siuman itu. Sekumpulan mamat poyo ini gelak besar di belakang dan ditegur :lelaki kurang siuman" agar jangan bising sangat, tetapi mamat poyo nie terus mentertawakan lelaki kurang siuman dan melakukan "provokasi" kepada lelaki kurang siuman itu. berlakulah suasana berbalas pertengkaran di sana disamping aku menjamu selera. aku berborak bersama Nazzar dan Hando dan berseloroh, "jika lelaki kurang siuman ini bergaduh dengan sekumpulan mamat poyo, korang support siapa, Semua kami menjawab, cnfirm la support lelaki kurang siuman, kerana kita tahu manusia normal tidak BODOH dan BANGANG untuk memprovokasi dan bertengkar dengan orang kurang siuman". Lelaki kurang siuman itu pun beredar dan membebal *nromal bagi orang kurang siuman untuk membebel* tetapi tiba2 seorang lelaki dikawasan lain bertengkar dengan lelaki kurang siuman dan meninggikan suara supaya lelaki kurang siuman itu pulang dan beredar pergi. Lelaki kurang siuman itu pu pergi beredar, sedang beredar, keluar pulak provokasi dari sekumpulan mamat JAHANAM dan PENAKUT lain menghina dan mencerca lelaki kurang siuman itu dan sekumpulan mamat poyo yang satu lagi itu mentertawakan lelaki kurang siuman itu, dan ini mengakibatkan lelaki kurang siuman itu marah dan mengamuk. Kejadian "tikam kerusi" bermula dan betul2 di depan meja kami. kami bertiga tersentap dan terkesima dengan kejadian itu. Lelaki kurang siuman telah menyerang sekumpulan mamat poyo sekitar 8 orang itu dimana 7 orang lari bertempiaran sebelum lelaki kurang siuman menikam kerusi dan seorang sahaja yang "stay" dan terkena tikaman kerusi dan di sini datanglah "hero" yang lain menyerang lelaki kurang siuman itu. Aku terkesima dan terfikir nak bantu lelaki kurang siuman itu kerana kesian terhadap beliau dimana memang bukan salah dia, tetapi serangan "hero" lain menyebabkan aku berfikir sejenak, baru nak lari dari tempat duduk, ternampak pulak Blackberry Hando dan Cermin mata beliau tertinggal di atas meja menyebabkan aku terhenti dan cuba menyelamatkan BB dan di situ pergaduhan berlaku dengan pantas dan lelaki kurang siuman sempat melarikan diri. secara jujur aku kesian dengan lelaki kurang siuman itu dan merasa amat marah dengan perlakuan sekumpulan mamat poyo yang melakukan provokasi tetapi ketika diserang, nampak benar 7 orang penakut kerana lari, hanya seorang jer yang ada kot* kerana tak lari. yang lain semua pundek. ahaha. kenapalah BODOH SANGAT nak kacau hidup Lelaki yang kurang siuman yang menunujukkan mamat poyo itu berlagak hebat salah pada tempat, nampak benar mereka itu lebih GILA daripada lelaki kurang siuman itu. Apa faedah nak cari pasal dengan lelaki kurang siuman, kalau nak cari gaduh, carilah dengan lelaki normal. pada jam 1230 pagi aku selamat tiba di rumah sambil terkenang peristiwa yang berlaku sepanjang hari. ok itu sahaja perkongsian hari ini, Selamat menyambut malam Lailatul Qadar dan selamat hari raya Aidil Fitri.

No comments:

Post a Comment