Wednesday, June 12, 2013

Allah Maha Berkuasa.

Alhamdulillah masih bernyawa dipinjamkan oleh Allah SWT utk memperbaiki amalan dan sentiasa bertaubat dan mengingati Allah. byk perkara sudah berlaku. pada 3 April 2013, aku secara rasmi telah tamat pengajian di UiTM dlm jurusan pengajian Undang-Undang. namun kegembiraan hanya seketika yakni, Allah SWT telah menarik kegembiraan dan menawarkan kesedihan dimana Ayahanda tercinta, Abdul Rahim bin Mohamad Deli telah kembali kerahmatullah pada 7 April 2013 bersamaan 26 Rabiul Awal 1434H pada jam 4 petang. aku redha kerana Allahyarham Ayah sudah hampir 3 tahun bertarung dengan penyakit kanser beliau, Nasopharynx Cancer stage 4A. memang aku sedih, tetapi aku tidak mahu menunjukkan kepada org lain, terutama keluarga, kerana Akulah kekuatan yang ada tinggal utk memberi semangat kepada ahli keluarga ku yang lain. alhamdulillah kami dpt harungi dengan hati yang ikhlas dan redha. setelah sebulan peninggalan arwah, aku akan berkonvokesyen di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM pada 12 Mei, iaitu istiadat konvokesyen ke 78. aku ke shah alam lebih awal iaitu pada 9 mei utk sesi mengambil jubah konvo manakala, ibu, usu dan adik2 aku ke shah alam pada sabtu 11 mei. setelah aku mengambil jubah dan berjanji utk ke Palace Of Justice bersama sahabat baik ku, Ain dan Hasnas pada jam 4 petang 11 mei utk sesi fotografi. namun ketentuan Allah lebih agung, mak cik ku, yang dipanggil Udak Uram iaitu kakak kepada arwah ayahanda ku pula kembali kepada Allah SWT yang Maha Agung pada jam 3.30petang 11 mei. ibu dan adik2 ku masih di dalam pesawat ke Kuala Lumpur. setelah mereka tiba, kami sepakat utk mencari tiket balik ke Bintulu pada malam itu juga, malangnya, cuma flight ke Kuching yg ada dan dpd kuching ke Bintulu pada awal pagi keesokan harinya iaitu 12 mei. kami pun pulang ke sarwak pada malam itu juga dan aku tidak jadi utk menghadiri istiadat konvokesyen. aku redha kerana yakin, setiap yang Allah janjikan dan berikan penuh hikmah-Nya. mungkin rezeki ku dilain waktu. alhamdullilah pada 12 Mei 2013 sekitar jam 10 pagi, Allahyarhamah Masura Bt Mohd Deli selamat dikebumikan bersebelahan kubur Ayahandaku yang lebih dahulu meninggal dunia kurang dpd 40 hari dpd Allahyarhamah. hikmah kejadian dimana aku tidak dpt menyambung terus pengajian LLB pada sesi Mac telah nampak dan aku bersykur disaat pemergian dua insan disayangi, aku berada di Bintulu dan sempat mengebumikan mereka. aku percaya semua ketentuan Allah dan aku redha dan ikhlas 100% kepada janji Allah, moga selepas kejadian ini, ketaqwaan dan keimanan kami semakin bertambah untuk mengejar keredhaan dan syurga yang abdi. wallahu allam. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment