Thursday, December 3, 2009

Tabah

Sejak malam tersebut, tidur tidak lena lagi, fikiranku tanpa henti memikirkan tentang dia. Aku bertanya pada diriku, mampukah aku menukar pemikiranku serta hatiku terhadap dia yang aku benar-benar cintai dan sayangi itu kepada seorang kawan biasa? hakikatnya, aku tidak mampu menipu diri ini, aku benar-benar menyayangi diri nya bukan sebagai kawan tetapi lebih daripada itu. Malangnya, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Ingin ku rayu, tetapi hati nya bukan mudah untuk di cairkan, begitu keras hatinya. Bak kata orang, cinta sejati memerlukan pengorbanan. Aku akan berkorban perasaanku, hatiku, mindaku agar si dia terus bahagia dan ceria. Senyumannya serta gurauannya amat ku rindui. Biarlah hatiku menangis, tetapi janganlah ku biarkan dia berduka lagi untuk kehilangan aku yang dia anggap cuma kawan biasa. Memang pedih ku rasa, setiap kali aku berhubung dengan nya, aku terasa sedih yang amat, air mata gugur tanpa ku sedari. Mungkin ini dugaan ku untuk terus menyintai dirinya. Dia cukup baik untukku, kenangan ku berkenalan dengan nya cukup indah. Hidupku ceria selalu, tetapi kini tidak seindah dulu, aku sudah tahu akan kebenaran siapa diriku ini bagi dirinya, aku hanya kawan biasa tidak lebih daripada itu. Aku harus hormati keputusan nya, cinta bukan boleh dipaksa, cuma aku masih mengharapkan keajaiban dari Allah. Pernah terdetik di hati ini untuk putuskan sahaja dari berhubung dengan nya, walaupun aku tahu aku akan derita jika terus berhubung dengan nya, tetapi aku tidak mampu berbuat demikian kerana aku tahu dia tidak mahu kehilangan seorang kawan dalam hidupnya. Aku harus jaga hatinya jika aku benar-benar menyayanginya. Benar aku memang sedih, tetapi aku tak ingin lihat nya berduka, biarlah beban ini ku tanggung sendirian, aku tak perlukan simpati orang. Aku hanya perlukan cinta darinya bukan simpati. Aku ingin buktikan padanya bahawa aku benar-benar ikhlas menyayangi dirinya dan ingin menjaganya sehingga terputusnya nyawaku di dunia yang fana ini. Aku harus jadi lelaki yang tabah. Blog ini tempat ku mengadu kerana aku tak mahu menyusahkan orang lagi, lebih baik ku pendam sahaja segala perasaanku samada susah atau senang, aku tak perlukan orang lain untuk tahu dan bersimpati keatas ku. Aku ingin jadi lelaki yang tabah dengan ujian Allah. Aku tak nak melukakan hati orang yang aku cintai dan sayangi, biarlah aku berkorban buat ketika ini selagi aku masih bernyawa.. Sesungguhnya Allah mendengar segala rintihan hatiku ini yang seringkali menangis mengenangkan dirinya yang tidak menyintai diri ini. Aku doakan dirinya bahgia selalu, dan aku tak nak dia tahu tentang penderitaan aku ini, biarku tanggung sendirian.. :'(

No comments:

Post a Comment