Saturday, January 9, 2010

Perjuangan dan harapan..

Sudah lama aku tidak menulis. Mungkin agak sibuk dengan pendaftaran kemasukan ke UiTM Shah Alam 2 Januari lepas. Pada mulanya aku ditawarkan Ijazah SM Sains Pentadbiran (kepujian). ini merupakan pilihan keempat ku. aku sedih kerana tidak dapat tawaran untuk program Ijazah SM Pengajian Undang-undang. Aku redha dan melakukan Solat istikharah supaya ditunjukkan jalan yang terbaik bagiku. Aku tiba di Shah Alam pada 1 Jan 2010. Aku meneruskan pendaftaran pada 2 Januari. Hatiku masih mengharap akan keajaiban Allah, namun ia mungkin angan-angan bagiku. Tetapi sinar harapan kembali cerah setelah mendapat berita akan kebenaran untuk pertukaran program, sahabatku, Syukury dan Ain telah mengajakku untuk menukar program. Kami cuba berjumpa dengan KP BLS untuk pertukaran program. Syukur, kami bertiga diterima masuk. Aku bersyukur yang amat kerana langkah pertama untuk belajar undang-undang telah dimakbulkan Allah walhal aku hampir pasrah dan berputus asa. Syukur dan jutaan terima kasih buat sahabatku (syuk &ain) kerana memberi peluang dan jalan bagiku untuk merayu pertukaran program, tidak lupa juga terima kasih kepada sesiapa yang banyak membantuku, Doakan aku terus berjaya agar niatku untuk membantu Agamaku, Bangsaku, Tanah Airku, Keluargaku, sahabatku serta untuk diriku sendiri. sesungguhnya, harapanku hampir menjadi kenyataan cuma usaha dan rezeki sahaja yang akan menentukan kejayaan itu milikku atau tidak. Perjuanganku di medan pendidikan dan undang-undang kini baru bermula. Ku doakan juga kejayaan sahabat ku.

1 comment: