Wednesday, November 18, 2009

Cinta: Memiliki atau Kehilangan

Semua manusia akan bercinta, tetapi didalam bercinta, adakah semua org bernasib baik untuk memiliki seseorang yang di cintai ataupun kehilangan orang yang di cintai dan segala harapan hancur berkecai? Saya tak tahu apa yang orang ramai fikirkan, tetapi saya hanya mampu berkongsi pengalaman "cinta" saya. Sesetengah orang ataupun majoriti orang mengatakan apabila satu pasangan tersebut "couple" maka mereka adalah pasangan bercinta. walaupun kita tidak tahu adakah kedua-dua pasangan tersebut benar-benar merasai perasaan cinta, kasih dan sayang antara satu sama lain ataupun terpaksa menerima pasangan tersebut kerana merasakan beliau adalah orang yang terbaik untuk mereka. Bagi pendapat saya, cinta tidak dapat dinilai dengan melihat betapa mesra nya pasangan tersebut, tetapi melalui kepercayaan, kejujuran serta keikhlasan hati seseorang terhadap pasangan masing-masing. Tanpa perasaan saling mempercayai, kejujuran serta keikhlasan, sukar untuk pasangan tersebut untuk bertahan lama. Saya bukan lah orang yang sentiasa bertuah di dalam bercinta, selalu gagal dengan pasangan sebelumnya, tetapi di dalam hati ini pernah setia menunggu seseorang sehingga 7 tahun lamanya, walaupun hakikat nya, cinta saya ditolak. Entah mengapa saya harus menunggu seseorang yang tidak mahukan diri ini? Cinta kot jawapan nya. Tetapi semuanya telah berakhir. Tidak lagi hati ini ingin menunggu seseorang yang benar-benar tak mahukan diri ini. Saya teruskan hidup ini dengan mencari pasangan yang sesuai untuk bersama-sama di dalam mengharungi susah dan senang saya di masa akan datang. Ramai orang pernah berkata kepada saya, "jangan risau fit, bila engkau dah berjaya nanti, engkau pasti akan temui perempuan yang cantik, baik dan sebagainya" kata-kata ini hanya sekadar untuk mereka mententeramkan hati yang lara ini, tetapi saya tidak mahu perempuan yang hanya hadir bila saya sudah berjaya dan mereka menikmati segala kemewahan tanpa tahu akan susah senang saya untuk mendapatkan kejayaan tersebut, apatah lagi perempuan yang hanya ingin saya serta kemewahan saya sahaja tetapi dia menyingkirkan keluarga yang saya kasihi. Sesungguhnya, saya tidak inginkan apa-apa yang buruk terhadap keluarga saya. Oleh itu, pencarian tetap saya teruskan, saya menemui seorang wanita yang cukup memikat hati ini, sikapnya cukup menawan hati ini, tetapi saya tidak tahu akan apa perasaan beliau terhadap diri ini. Mungkinkah hati ini telah terubat dari luka lama? Apa yang pasti, saya amat takut akan kehilangan nya. Sekiranya cinta ini ditolak lagi, saya akan kehilangan segala kenangan indah bersama nya. Tidak pernah terfikir di benak fikiran untuk mencintai sesiapa pun di dalam masa saya masih belajar, tetapi perasaan ini datang tanpa diundang. Amat sakit bila memikirkan tentang diri ini sekiranya gagal lagi dalam merebut cinta dari nya. Pernah air mata ini menitis tanpa di sedari kerana terlalu takut akan kehilangan diri nya. Saya hanya berserah kepada-Mu Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini seseorang yang benar-benar baik hati nya dan dapat bersama-sama diri ini semasa susah dan senang kelak. Sesungguhnya, hati ini telah menjumpai seseorang yang ku rasakan mampu untuk mengisi kekosongan hati ini. Saya hanya berserah agar pintu hatinya terbuka untukku, sekiranya dia benar milikku, akan ku tunggu bila saat waktunya tiba kelak. Amin. Inilah yang mampu saya kongsikan tentang cinta yang benar-benar menguji keimanan saya terhadap insan yang bergelar wanita, saya amat takut akan kehilangan seseorang yang saya cintai. Andai kata dia tidak inginkan diri ini, Saya akan pergi dari hidupnya, dan cuba untuk tabah dalam mengharungi perjalanan hidup yang akan datang. Sesungguhnya, hamba mu ini Ya Allah, redha dengan segala ketentuan dari-MU Ya Allah. Segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya. InsyaAllah. Salam.

No comments:

Post a Comment