Tuesday, November 17, 2009

politik kampus dan politik negara, apa kaitan dua politik ini?

Salahkah mahasiswa berpolitik di kampus hanya mengenai kepentingan para pelajar tanpa sebarang campur tangan pihak parti politik luar. Mahasiswa di ketuai Majlis perwakilan Pelajar haruslah di berikan kuasa yang besar untuk menentukan hala tuju bakal graduan sesebuah institusi pengajian tinggi tersebut. Jika MPP tersebut hebat dan lantang bersuara serta "berpolitik" dengan pihak pengurusan Universiti, maka mereka telah berjaya memperolehi keyakinan serta sokongan para pelajar yang inginkan perubahan pemikiran yang harus ada pada pemimpin pelajar serta bakal pemimpin mereka nanti. Saya cukup terkilan sekiranya mahasiswa dilabelkan lesu tetapi hakikatnya, suara Mahasiswa tidak pernah lesu, tetapi di bayangi oleh parti politik yang hanya mementingkan kuasa mereka sahaja tanpa memikirkan masa depan yang akan diterajui oleh para pemimpin mahasiswa itu sendiri nanti. Harapan saya, agar parti politik luar, JANGAN mengganggu gaya kepimpinan sesebuah persatuan pelajar di Universiti, berikan kami ruang dan peluang menentukan hala tuju kami masing-masing. Harap maaf terhadap segala hujah-hujah saya, sesungguhnya, saya hanya ingin melihat kepimpinan masa hadapan lebih matang dan berjaya. Kami tiada kuasa buat masa sekarang, tetapi berilah kami ruang dan peluang untuk menentukan hala tuju kami masing-masing. Sedangkan Allah lagi memberikan kita peluang hidup di dunia untuk menentukan tempat kita di Akhirat kelak, samada syurga atau neraka, fikirkan, hayati dan terus bertindak.

No comments:

Post a Comment