Thursday, November 19, 2009

Cita-cita : Angan-angan kosong ataupun titik tolak kepada sebuah kejayaan?

Sudah pasti ketika kita masih kecil, kita ada cita-cita yang tersendiri. Kebiasaan cita-cita yang kita dengar daripada anak-anak kecil ialah ingin menjadi, doktor, peguam, jurutera, cikgu, polis dan sebagainya, tetapi pabila masa semakin berlalu meninggalkan kita, cita-cita seseorang mula berubah mengikut acuan didikan ibu bapa mereka masing-masing. Aku ingin berkongsi cerita tentang diri ini dari dahulu hingga sekarang, sewaktu masih kecil di awal 5-7 tahun, aku bercita-cita nak jadi doktor, tetapi malangnya aku "takut" akan darah orang lain, jadi bagaimana nak jadi doktor jika takut pada darah. masa pun berlalu, kemudian, ciat-cita ku ingin menjadi seorang jurutera seperti Usu ku, mungkin di sebabkan persekitaran ku yang menyebabkan aku berminat ingin menjadi jurutera, minat ku ini sehingga sekolah menengah sehingga tingkatan dua begitu. Kejayaan usu ku dan juga sepupu ku sebagai jurutera menyebabkan ibu bapa ku berharap agar aku boleh menjadi jurutera juga suatu hari nanti. Namun bakat aku dalam bidang pidato, syarahan, deklemasi puisi serta bahas telah diketengahkan oleh guru ku,(terima kasih cikgu-cikgu yang ku kasihi kerana membuka minda ku) telah menyebabkan minat ku beralih arah, di awal tingkatan 3 dan 4 aku telah menanamkan minat ingin menjadi peguam. Pelbagai pertandingan "public speaking" serta jawatan ku sebagai Penolong Ketua Pengawas menyebabkan aku selalu tampil di hadapan khalayak ramai serta berucap, berkobar-kobar minat ku terhadap bidang Undang-undang. latar belakang keluargaku, tiada pernah seorang pun yang pernah menjadi peguam ataupun pengamal undang-undang. Minat ku semakin mendalam sehingga aku sudahkan tetapkan kursus Undang-undang menjadi pilihan ku untuk melanjutkan pelajaran di universiti kelak. selain itu, aku juga mengisi borang matrikulasi. Selepas keputusan SPM keluar, aku mendapat keputusan yang agak baik untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti, Aku mengisi borang UPU, malangnya ketika itu ibuku tidak mengizinkan aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, hancur hatiku, hanya Allah sahaja yang mampu mengetahui, aku seperti hilang matlamat hidup. tetapi aku tidak tunjukkan kekecewaan itu kepada ibu bapa ku. Mungkin kerana kejayaan mak cik ku serta sepupu ku yang sudah berjaya mendorong pemikiran ibuku begitu. Aku redha dengan ketentuan Allah. Aku teruskan hidupku dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains fizikal di Kolej Matrikulasi Labuan. Di sana aku menjadi YDP JPP, minat ku dalam bidang kepimpinan tidak dapat di nafikan. tetapi aku punyai masalah di dalam "catch up" dalam bidang sains, matematik ok. Hari-hari aku memujuk ibuku supaya terbuka pintu hatinya untuk merestui aku menyambung belajar dalam bidang undang-undang, setiap hari tanpa jemu aku memujuk nya, sehinggalah aku jatuh sakit disana selama 2 minggu yang terakhir sebelum peperiksaan semester pertama, demam kerana migrain semingu kemudian demam campak pula seminggu. Aku redha dengan ketentuan Allah kerana aku percaya Allah lebih mengetahui dan pasti ada hikmahnya kelak. Aku berhenti belajar di KML kerana aku tidak yakin dapat mencapai cita-cita sebagai Jurutera, Berita gembiranya, aku mendapat tawaran Diploma Pentadbiran Awam di UiTM SWK. begitu indahnya pengalaman aku belajar di sana, kejayaan demi kejayaan yang ku perolehi kerana aku bertaruh masa depan ku dengan bapaku, andaikata aku gagal lagi di UiTM, aku akan bekerja tanpa menyusahkan mereka lagi. Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, sekarang diploma sudah selesai, aku berdoa kepada Allah SWT semoga dibukakan pintu dan jalan bagiku untuk mendalami ilmu Undang-undang kerana ini adalah cita-cita ku. Aku berharap agar dipermudahkan jalan ku ini nanti. Semoga suatu hari nanti, aku dapat berjuang demi agama, bangsa, tanah air, keluarga serta diriku sendiri. Semoga permohonan ku kali ini kan berjaya dan bermulalah kehidupan ku yang baru. Tiada apa yang ku harapkan daripada teman-teman ku, hanya secebis doa kepada ku, agar segalanya dipermudahkan bagi ku, Amin.. apa pun yang terjadi, aku menerimanya dengan redha walaupun aku tidak dapat mencapai cita-cita ku ini nanti, kerana ku yakin, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri, Wallahualam..

1 comment: